ORANG LAIN, KENAPA TIDAK?

O

Bro, kenapa team bro tak pergi belikan barang dan hantar bantuan rumah ke rumah macam ORANG LAIN buat?

Ada juga orang tanya macam tu..

Jawapan dia macam ni.
1. Kami semua ni bekerja. Sibuk. ORANG LAIN kami taktau.
2. Kami bukan collect duit orang lain macam ORANG LAIN. ORANG LAIN boleh tap 30% untuk upah kerja dia tolong orang lain.
3. Kami tolong orang dengan niat nak tolong orang, bukan nak tap 30% untuk service kami tolong orang.
4. Sebab tu kami tak perlu buat drama dengan video dan gambar.
5. Kalau kami sendiri pergi, maka kos akan naik. Kami nak RM100 sampai, jadinya RM80 nanti sebab tolak duit minyak.
6. Kami bukan NGO. Kami tak perlu angkat nama NGO untuk dapat kepercayaan orang ramai untuk menderma kepada kami macam ORANG LAIN. Kami pula pakai duit sendiri.
7. Kami hantar terus cash handout. Kami boleh terus cari duit, orang susah terus dapat duit.
8. Kami buat posting cari orang susah, ORANG LAIN buat posting cerita pasal orang susah untuk orang senang sedih dan menderma dekat ORANG LAIN.
9. Kami cari duit sendiri, terus hantar bagi orang susah. ORANG LAIN kumpul duit orang, dia ambil fi sikit, dia hantar ke orang susah.

Begitulah bezanya, kami dan ORANG LAIN. Kami ada prinsip kami sendiri. Orang lain ada cara mereka sendiri.

Kami tau, kami cap ayam. ORANG LAIN yang bervideo dan kamera lagi power.

Kan?

😉

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.