Inbox aku penuh orang minta review itu dan ini. Tanya harga 1 review berapa. Aku ni hanya orang biasa, cap ayam, naik Axia Kompang, siapalah aku nak berperangai seperti influencer.
Dari hari tu Mohd Adli Bin Ja’affar suruh aku test diorang punya smoked beef dan mi kicap dari Haals Kitchen yang dimasak oleh Mohd Azli Abdullah dan dibantu oleh Hata San.
Semalam dia kata ada Angus. Maka, aku panggil dia hantar panas-panas. Aku kasitau dia, kalau sedap aku review sedap dan aku bayar, tak sedap pun aku review tak sedap, tapi aku taknak bayar. Aku memang meat eater. Aku boleh makan daging mentah. Aku juga suka smoked. Jadi offer smoked beef ni memang buat aku stim. Aku suka bau asap kayu.
Smoked beef yang dihantar. Masih panas. Bungkusan tidak bergaya. Sesuai dengan harganya kot. Belum buka pun dah bau asap. Cuma tak sama macam kat Aussie yang bau asam gumtree. Anyway, still oklah.
Daging steady, masih juicy. Lembut. Katanya dimasak selama 9 jam! Rasanya? Sedap! Alhamdulillah. Boleh bagi 9/10!Mi kicap, chee cheung fan, dan yong tau fu aku kasi 7/10. Mi kari, sorry to say, sekadar ok-ok je, 5/10.
Sekian, review makan-makan kali ini. Makanlah apa-apa yang halal. Jangan memilih dan jangan membazir! Kenapa aku taknak buat review? Selain aku ni cap ayam je, aku tak suka menipu. Review aku wajib jujur. Sebab aku bukan macam lebai Aman Palestin.