BAGAIMANA ABU BAKR RA. MENEWASKAN UMAR AL-KHATTAB RA. DENGAN TKO ???

B

BAYAN ASAR
BAGAIMANA ABU BAKR RA. MENEWASKAN UMAR AL-KHATTAB RA. DENGAN TKO ???

Suatu hari, Nabi SAW telah menyeru agar para sahabat melakukan infaq sebagai persediaan menghadapi peperangan.

Umar bin Khattab RA berkata, “Suatu ketika, Rasulullah SAW menyuruh kami agar berinfaq di jalan Allah. Kebetulan ketika itu ada sedikit harta pada saya, maka saya berkata di dalam hati,

“Saat ini aku memiliki harta. Jika suatu saat aku dapat melebihi Abu Bakar, maka inilah saatnya.”

“Aku pun pulang ke rumah dengan gembira. Lalu saya membahagi dua seluruh harta yang ada di rumah. Setengahnya untuk keluarga dan setengahnya lagi saya serahkan kepada Rasulullah SAW.”

Rasulullah SAW berkata, “Wahai Umar, adakah yang kamu tinggalkan untuk keluargamu?”

Saya menjawab, “Ada ya Rasulullah.”

Nabi bertanya lagi, “Apa yang kamu tinggalkan?”

Saya menjawab, “Saya tinggalkan untuk mereka setengah dari harta saya.”

Kemudian, datanglah Abu Bakr RA, dengan membawa seluruh hartanya. Rasulullah SAW bertanya kepadanya,

“Wahai Abu Bakar, apa yang kamu tinggalkan untuk keluargamu?”A

bu Bakar menjawab, “Saya tinggalkan untuk mereka Allah dan Rasul-Nya.”

Melihat hal ini, Umar berkata,
“Saya tidak akan pernah dapat mengalahkan Abu Bakr.”

Maulana Muhammad Zakariya Al Khandahlawi, dalam kitabnya Fadhilat Amal menerangkan, saling berlumba dalam amal soleh dan kebaikan sangat baik dan disukai. Kisah di atas terjadi menjelang perang Tabuk.

Pada saat itu, Nabi memberi anjuran untuk bersedekah secara khusus. Dan, para sahabat dengan kemampuan masing-masing menginfakkan harta mereka fi sabilillah dengan penuh gairah dan semangat. Walaupun, melebihi kemampuan mereka.

Kata guru kami yang mulia, Maulana Abdul Rahman hafizahullah,

“Dikatakan separuh harta Umar itu sebenarnya lebih banyak daripada keseluruhan nilai harta Abu Bakr. Tetapi taqwa itu tidak dibilang dengan nilai yang dibawa, tetapi nisbah yang dibawa dan ditinggalkan. Atas sebab itu Umar mengaku kalah.”

Sebagai contoh, orang yang dalam poketnya ada RM1, dia mendermakan RM1. Dengan orang orang yang ada RM10, dia mendermakan RM5. Memang nampak RM5 lagi besar, tetapi ni nisbahnya hanya 1/2 jika nak dibandingkan dengan derma RM1 yang nisbahnya 1/1!

Itulah kenapa Abu Bakr di tempat pertama. Umar, Uthman, Ali, gagal menyaingi Abu Bakr. Ada kawan kami bertanya, boleh ke buat macam Abu Bakr? Guru kami menjawab, tak boleh. Abu Bakr punya maqam dah level Allah Rasul je.

Kalau Umar pun kalah. Kita ni, gaji tak masuk pun dah demotivated. Macam mana nak buat macam Abu Bakr. Lagipun, Allah dan Rasul telah menyebut kelebihan Abu Bakr. Kita hanya ambil iktibar.

Sekian, bayan Asar.

😉

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.