BEBERAPA PERSOALAN TENTANG LIVE SYED AZMI

B

Selain daripada dilihat Syed Azmi tidak agresif menyerang pendera dan membela Bella, mangsa dera, aku mendapati beberapa isu lain. Sebab itu aku kata live dia buat diversion je. Dia just nak upkan jasa dia dan Rumah Bonda.

1. Syed Azmi menyatakan dia ada surat mahkamah tentang penjagaan Bella. Tetapi dia tak tunjuk. Mohon Syed Azmi publish di wallnya.

2. Syed Azmi seboleh-boleh nak membezakan Bainun dan Rumah Bonda tiada kena mengena. Tetapi hari ini dilaporkan Rumah Bonda telah ditutup JKM. Kenapa?

3. Jika kes penderaan Bella tiada kena mengena dengan Rumah Bonda, kenapa rumah Bonda ditutup?

4. Dalam laporan Astro Awani menyatakan yang hak penjagaan Bella diberikan ke “pusat jagaan tersebut” ketika laporan penutupan Rumah Bonda. Pusat jagaan mana tu?

5. Syed Azmi menyatakan, dia dan Bainun tidak mengambil sebarang gaji. Difahamkan Syed Azmi sudah tidak bekerja sebagai farmasis, full time dengan NGO. Jadi, apa pekerjaan yang Syed Azmi lakukan for living? Bukan gang 30% NGO kan? Bainun ni politikus, tak perlu tanyalah.

6. Syed Azmi berulang-ulang kali menyebut dia hanya penasihat. Tetapi, jika dirujuk media sosial, hanya nama Syed Azmi dan Syed Azmi yang mempromosikan Rumah Bonda. Rasanya orang ramai support Rumah Bonda disebabkan Syed Azmi. Takkan Syed Azmi nak lepas tangan macam tu je?

Sekian, buat pataksub dan penyembah Syed Azmi, mohon fikirkanlah…

Aliff,
Lamb Chop Eater
#JusticeForBella
#Justice4Bella

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.