NGO EBIT LEW AUDIT KE TIDAK?

N

Banyak gila soalan dan permintaan yang aku terima untuk SCRUT NGO Pertubuhan Kasih Umat Malaysia (Kasih Umat) yang diterajui boleh Ebit Lew.

Untuk berlaku adil, aku telah melakukan semakan since Nadir dari Cinta Gaza telah melakukan townhall untuk menerangkan kedudukan kewangan NGO Cinta Gaza.

Seperti yang korang kenal aku. Aku tak berapa setuju dan tak percaya internal audit sangat. Aku harap ROS updatelah akta audit ni. Tapi, lebih baiklah jika nak compare dengan NGO yang tak beraudit lagi. Kan?

Anyway, Kasih Umat didaftar di bawah ROS pada 12/2/2019 yang dipimpim oleh Ebit Lew dan adiknya. Untuk pengetahuan, laporan kewangan 2019 telah dihantar.

Cuma laporan kewangan 2020 masih belum. Jadi, aku berharap, Ebit Lew boleh buat lagi gempak daripada Nadir dengan menunjukkan ketelusan pada tahap maksima dengan melantik external auditor. Collect juta-juta takkan sesama kita je audit. Mana transparent kan?

Jika tidak mahu menggunakan khidmat external auditor, aku cadangkan Ebit Lew tunjuk segala dokumen.

1. Melampirkan bank statement. Supaya masyarakat dapat melakukan semakan terhadap duit masuk dan keluar. Berapa jumlah duit yang masuk dan juga keluar.

2. Melampirkan payment voucher, invoice dan receipt beli barang. Supaya dapat menafikan dakwaan yang Ebit Lew menggunakan Elewmart untuk cashout dan buat duit menggunakan dana sumbangan ke NGO Kasih Umat.

3. Jika ada membayar gaji. Lampirkan statement KWSP. Supaya para penyumbang dapat melihat adakah dana sumbangan digunakan secara berlebihan untuk gaji budak-budak Ebit Lew.

Hari ini sudah 28/7/2021, sudah 5 bulan lewat untuk menghantar laporan kewangan. Adalah baik pihak Kasih Umat buat apa yang aku cadangkan. Nampak lebih telus, tulus dan mulus!

Takkan Ebit Lew tak berani buat open kan? Mesti Ebit Lew lagi steady kan? Dapat juga menepis dakwaan yang Ebit Lew menjadi ejen money laundering sesetengah pihak.

Let us SCRUT for the TRUTH!

Transparency is your integrity. Integrity is your dignity!

#JanganTaasub

😉

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.