DARI SENYUMAN KE KEMURUNGAN

D

Baru tadi kami dah menyelesaikan ai trader kami yang boleh dianggap machine duit tanpa human inteference. Aku dan Nik Izwan Kamel tersenyum.

Nik kata, “Dah boleh buat parti politik lepas ni.”

Tiba-tiba dapat mesej dari seorang sahabat yang terlalu banyak membantu kami. Dia meminta bantuan kewangan. Amountnya bukan sedikit.

Dulu dia sangat percayakan kami, mintalah berapa pun, dia akan bagi. Cumanya baru kami nak load sisa harta yang tinggal untuk beranakkan mesin duit yang baru disiapkan.

Terus kami murung. Memandang antara satu sama lain. Tadi aku terselak nota lama aku.

La Tahzan 21: Anda Lebih Beruntung Berbanding Yang Lain

Terumbang ambing adalah merupakan ciri orang yang ditimpa musibah dam dihempas bencana. Rumahnya selalu dipenuhi suasana kedukaan. Di setiap sudut wajahnya mengalir air mata sebagaimana kesedihan di Lembah Bani Sa’ad.

Sesungguhnya betapa banyaknya penderitaan yang terjadi, dan betapa ramai pula orang-orang yang sanggup bersabar menghadapinya.

Maka anda bukanlah satu-satunya orang yang ditimpa bencana. Bahkan, mungkin penderitaan atau bencana yang menimpa anda tidaklah seberapa sekiranya dibandingkan dengan bencana orang lain.

Di pagi hari, istana-istana kehidupan penuh sesak dengan penghuninya, namun menjelang senja tiba-tiba istana-istana itu menjadi runtuh. Mungkin saat ini kekuatan masih utuh, badan masih sihat, harta melimpah, dan keturunan banyak jumlahnya. Namun dalam hitungan beberapa hari sahaja semuanya boleh berubah; jatuh sakit, kematian datang secara tiba-tiba, perpisahan yang tidak dapat dihindarkan, dan sakit menyerang secara tiba-tiba.

Watabai’yana lakum kaifa fa’alna bihim wasorabna lakummul’am sala (Ibrahim[14]:45)

Aku percaya, Allah sayang kami! Sebab itu Allah uji kami dengan sahabat ini. Mungkin peringatan yang kami ini hanya manusia, yang pernah dibantu dan ditolong..

😉

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.