HEBAT SANGAT KE FOUNDER BELLA AMMARA TU?

H

Baru-baru ini kecoh ada mamat sound orang tua di rumah gelandangan. Sebenarnya aku pernah tulis pasal dia ni atas request ramai orang. Cuma tak siap touchup. Aku memang rasa dia ni pelik dari dulu lagi.

Pada aku, dia baru awal 30an. Belum tahu apa nasib ketika dia berumur 60 tahun. Belum tahu apa akan jadi the next 10 years, 20 years. Kita pun taktau apa rezeki orang tua tu. Pangasas KFC pun bermula sangat lewat. Lihatlah empayar dia hari ini.

Anyway, aku paste balik apa yang aku pernah tulis..

—-

“Bro, you tolong tengok sat dia ni (Carl). Macam ‘alim-‘alim juga dia ni..”

Selama ni, aku tak pernah kisah pasal Bella Ammara ni. Yelah, aku ni orang soleh, sentiasa merendah diri dan merendahkan pandangan dengan hijabista. Itulah rahsia kesolehan aku. 😜

Anyway, Bella Ammara ni jenama besar dalam industri Muslimah Fashionista kan? Yelah, ada bini yang boleh dijual rupanya. Disuruh berposing ke sini dan ke sana untuk tatapan mata korang. Bini korang tak cun, itu yang usya bini orang kan? Cuma aku tertanya-tanya juga, dalam ‘alim-‘alim dia memetik ayat-ayat Quran, dia taktau ke larangan tabarruj?

Jadi, TIPS NO 1 untuk berjaya dalam industri fashion adalah mendapatkan isteri yang boleh dijual. Kalau tak, kau kena spend lebih. Hire model!

Pada aku, dia seorang marketer yang baiklah. Selain pandai memperdagangkan bini dia. Dia juga pandai memperdagangkan diri dia. Agak lucu juga apabila dia melakukan branding dia itu ialah SPIRITUAL ENTREPRENEUR. Ala-ala ayatolla jugalah. Lawak, but it works sebab aku lihat ramai follower, works for those yang taasub dengan dia.

Aku hanya melihat apa yang dia post. Apa yang orang kata dekat dia. Aku tak ambil peduli pun. Orang kata dia scammer lah, itulah, inilah. Aku abaikan. Sebab aku taktau cerita. Cuma ada 1 videolah yang ada ejen dia serang dia balik, sebab dah bayar tak dapat barang ke hapa. Viral juga kan?

Selain fashion, dia terlibat dengan kosmetik, kosmetik timbang kilo ni, aku memang tak minatlah. Kemudian, dia ada buat ubat kurus. Ini psuedoscience lah. Sebab itu ubat-ubat kurus ni tak boleh di-blast di Facebook kan. Jadi, aku lihat bisnes dia ni, typical Malay type. Sebab itu, dia pernah terpalit dengan masalah berebut ejen, bergaduh dengan Cik Epal, dibongkar segala aktiviti dia oleh Cik Epal yang juga menjual produk psuedoscience juga.

Atas sebab itu kalau korang lihat karaktor dia, sambil dia tunjuk soleh, dia tunjuk kaya juga. Sambil dia tunjuk kaya, dia tunjuk dia soleh dengan zakat dan sedekah. Inikan typical style mana-mana founder-founder kosmetik timbang kilo, psuedoscience dan fashion. Sebab mereka ini tau, ramai yang boleh termakan dengan drama-drama seperti itu.

Selepas itu baru aku teringat, ada viral kisah dia mulakan Bella Ammara, konon tanpa hutang. Takut riba, ini semua tipu daya yahudi dalam monetory industri, Imran Hussein, bla bla bla. So, aku cari balik posting dia. Aku baca balik. Basically, dia nak kasitau korang dia boleh berjaya tanpa facilities financier.

Jadi, aku pun SCRUT menggunakan Interepo di www.interepo.com. Even aku check hari ini. Aku dapati last update audit dia tahun 2016 juga. Tahun ini dah 2021. Berapa tahun dah dia gagal submit audit ini. Kalau submit audit pun gagal, takyah lah kecoh-kecoh nak ajar pakcik kat pusat gelandangan tu.

Cuma aku rasa macam si mamat toncet ni tidak walk the talk lah. Aku terlihat yang syarikat dia ambil loan dengan PUNB sebanyak RM1.3 juta. Uhuk. Kata tak main loan-loan dan pembiayaan-pembiayaan ni. Come on!!!

Just nak kasitaulah. Dengan Bella Ammara yang dah 4 tahun tak audit, Sugarbelle ambil loan, Appecut pun belum audit lagi. Apa yang dia nak sombong sangat? Berjaya sangat? Elok kau submit audit Bella Ammara tu sebelum kau nak bising-bising dekat pakcik di rumah gelandangan.

Dia hebat sangat ke?

Entahlah, pada aku yang hanya marhaen yang memandu Axia Kompang, dia hanyalah manusia bongkak, penunggang agama yang berjaya dan penunjuk kaya yang bergaya. Harap LHDN kejar orang camni!

😉

Lampiran 1 – Report 2016 saja yang updated.
Lampiran 2 – Bukti Sugarbell ada ambil loan/financing.
Lampiran 3 – Appecut yang belum audit. Syarikat baru.
Lampiran 4 – Semak semula melalui sistem SSM terhadap syarikat Bella Ammara Apparel.

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.