Ketua jurulatih itu menegaskan beliau akan meneruskan tugasnya seperti biasa kerana fokus utamanya sekarang adalah untuk memastikan sasaran ditetapkan dapat dicapai di Sukan Asia 2018, nanti.
“Saya fikir jika Menteri Belia dan Sukan (Syed Saddiq Syed Abdul Rahman) mengeluarkan kenyataan sedemikian, anda sendiri selaku orang awam boleh berfikir sama ada tindakan itu tepat atau sebaliknya menjelang Sukan Asia 2018.
“Saya tidak boleh mengawal Menteri Belia dan Sukan daripada mengeluarkan kenyataan, jika beliau (Syed Saddiq) melakukan apa yang dikatakan maka saya mengucapkan selamat maju jaya kepadanya dan saya rasa kami akan menerima kenyataan itu?
“Saya akan meneruskan tugas yang saya sayang ini seperti biasa sehingga mendapat surat pengesahan kerana keutamaan sekarang adalah membimbing atlet berbasikal Malaysia ke Sukan Asia,” katanya.