TUNGGANG COVID KUTIP DERMA! WAJARKAH?!

T

Ada sahabat menghubungi aku bertanya tentang status Al Khayr Management yang melakukan pungutan derma konon untuk membantu menguruskan jenazah covid-19.

Yang menariknya kumpulan ini adalah kumpulan antivaksin dan kumpulan yang menolak covid-19 sebagai pandemik. Mereka panggil ia scamdemic selama ini. Pelik pula mereka beriya-iya setup skuad ini. Lawak pula rasanya.

Bila terbaca nama Al Khayr Management, aku rasa tak sedap hati, aku tak nampak ia entiti NGO mahupun yayasan. Yang jelas ia seakan entiti “sole prop” atau lebih mesra dengan panggilan enterprise.

Jadi, aku melakukan semakan melalui Interepo di www.interepo.com. Dapatan aku sah ianya hanya “sole prop” yang dimiliki oleh individu bernama Mohd Khairi Awang.

Menjadi kesalahan yang jelas mengambil derma melalui entiti perniagaan yang didaftarkan di atas nama sendiri. Mohon pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia mengambil tindakan terhadap aktiviti sebegini.

Entiti perniagaan “sole prop” ini tidak wajib diaudit bahkan ia milik seorang individu sahaja. Maka ia jelas sangat tidak transparent dan dilihat punya agenda lain di sebalik memungut derma awam sebegini.

Diharap aktiviti menunggang agama dan covid melalui derma/infaq tidak disokong. Agama Islam ini bukan keldai untuk ditunggang sesuka hati.

Tungganglah dengan bijak, ingatlah orang tersayang..

😜

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.