“KENAPA KES BELLA POLITIKUS TAK BERIYA-IYA NAK TOLONG?”

“Kenapa kes Ain ramai polikus yang datang membantu?”

Kenapa?

Entahlah. Aku pun tak pasti kenapa. Tapi jika di lihat dari sudut politik, kes adik Bella tak berapa stim politikus. Nak tau kenapa?

Men sini aku cuba clarify.

1. Adik Bella OKU down syndrom. Dia tak boleh bercakap lancar. Tak boleh digunakan untuk aset politik.
2. Adik Ain normal. Petah berkata-kata. Berapa banyak live dan talk show dia dah hadir bersama-sama pemimpin politik.
3. Adik Bella sebatang kara, tiada kawan, tiada saudara mara yang membantu dia.
4. Adik Ain ada mak dan ayah, saudara mara, kawan-kawan yang sama-sama buat riuh dan berjuang.
5. Adik Bella tiada akaun sosial media, tidak pandai berTiktok, tiada follower.
6. Adik Ain pula pandai melukis, ada FB, IG, Twitter dan ramai follower. Pandai main Tiktok pula tu!
7. Adik Bella hanyalah insan lemah yang didera dan dibuli.
8. Adik Ain pula fighter yang berani menongkah arus.
9. Adik Bella tetap adik Bella. Dia mungkin tak mampu balas jasa orang yang tolong dia.
10. Adik Ain pula bila dewasa akan rasa terhutang budi terhadap politikus yang membantunya hari ini.

Jika dinilai dari timbangan politikus, sudah pasti kes adik Ain lebih menarik kepada golongan mereka. Bukan sahaja ada political mileage, juga ada nilai pelaburan masa hadapan.

Ini pandangan aku lah. Siapa tak setuju, takpalah.

Kami yang bukan politikus ni berjuang untuk adik Bella tanpa apa-apa kepentingan politik. Takda kira pelaburan masa depan ke apa. Kami benar-benar buat kerana Allah. Apa kami dapat?

Dapat surat cinta, account kena report, polis panggil, buang masa dan buang duit. Kami percaya, Allah yang gerakkan kami untuk bersuara untuk adik Bella. Jangan risau, selagi pendera tidak dihukum, aku akan terus bersuara.

Tak penat? Dalam kubur nanti aku rehatlah! Hidup ini untuk bekerja dan tegakkan kebenaran..

#JusticeForBella
#Justice4Bella

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.