PENDERAAN DI SEBUAH RUMAH PERLINDUNGAN!

P

Katanya penghuni-penghuni disuruh menangkap mangsa yang nak didera kerana cuba melarikan diri. Kalau penghuni-penghuni tidak memberi kerjasama, mereka pula akan kena tempeleng. Kenapa dia nak lari kalau dalam rumah itu seindag syurga seperti yang digambarkan.

Aku telah menunjukkan video ini kepada mangsa-mangsa yang lain. Mereka mengesahkan kejadian terbabit. Mereka terpaksa menangkap dan memegang mangsa. Mereka sedih, mereka mengharapkan perlindungan, tetapi penderaan yang mereka lalui. Katanya, video ini juga sudah diserahkan kepada pihak polis.

Kesian, inilah mangsa yang dikisahkan dipaksa beranak ketika usia kandungan masih 7 bulan yang diceritakan selama ini. Inilah mangsa yang dikatakan dipaksa minum hand sanitizer. Inilah mangsa yang makan tangan dan kaki giant di rumah itu. Sampai dikatakan terberanak anak gadis ini di ruang tamu rumah neraka tersebut.

Mangsa inilah yang menerima siksaan dan penderaan yang paling dahsyat! Tapi pelik, ada manusia yang sanggup menjadi hamba kepada predator ini kerana wang ringgit sehingga mengangkat predator menjadi maksum.

Wajarkah? Korang nilai sendiri..

Ini anak gadis yang normal, sudah dewasa dan yang ada kekuatan. Cuba bayangkan, bagaimana Bella pula didera dan diseksa? Anak OKU yang tiada daya upaya..

Kenapa sampai hari ini masih tiada dakwaan terhadap pendera Bella?

Masa Bella dijumpai lukanya masih basah. Saksi mata pun telah datang memberikan kesaksian wujudnya penderaan. Tak cukup bukti, video pun ada. Bukan Bella saja didakwa didera, mangsa dera lain pun turut tampil membuat laporan. Ada yang diugut, ada juga dipukul, ada juga diancam. Cukup lengkap semuanya.

Kenapa kebal sangat pendera ni? AGC tidur ke? Atau memang tak berani nak usik pendera? Pendera ni punya network macam Tommy Thomas jadi AG dulu ke? Atau ada deal lain? Lama benar ni.

Eh..
Suara yang mengarah-arah tu macam pernah ku dengar ya, tapi di mana ya?

;(

#JusticeForBella
#Justice4Bella

https://www.facebook.com/aLiph.My/videos/582967433083292

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.