SEX GROOMING, SEX ASSAULT, DAN HARRASSMENT DARIPADA KAUM LEBAI BUKAN PERKARA YANG MUSTAHIL..

S

Ketika aku di Adelaide archbishop di Adelaide didakwa dan dihukum kerana melakukan child sexual abuse. Seorang ahli agama yang boleh mengampunkan dosa tetapi melakukan kesalahan yang fatal. Pada aku, tak pelik pun.

Tetapi kenapa dia boleh bertahan lama? Sedangkan jenayah yang dilakukan sudah berdekad lama. Sebab pada mulanya ramai yang macam tak percaya, ibu bapa tak percaya, masyarakat tak percaya. Yela, ketua agama kristian katolik di Adelaide kot yang dikenali dengan watak yang baik, suka senyum, dan soft spoken.

Mangsa pun ramailah takut nak buat laporan. Nanti back fire pula kerana melawan wakil tuhan mereka dan melawan imej agama mereka. Tapi kedurjanaan itu tidak bertahan lama. Bermula dengan seorang kanak-kanak membuat laporan, media pun mula membantai, maka lebih ramai mangsa hadir. Tumbanglah paderi jahat itu di Adelaide.

Aku mulakan dengan kisah benar ketika aku berada di Adelaide. Ia sangat kecoh dan menggemparkan. Aku nak sampaikan yang dalam apa-apa agama pun, watak orang agama yang kononnnya baik tetapi setan adalah wujud. Jika di India ada Sai Baba, di barat ada paderi-paderi, di Malaysia ada spisis Ustaz Madi.

Hari ini aku cerita pasal Nouman Ali Khan. Korang perasan tak hari ini dah macam dah tak dengar nama dia. Walhal suatu masa lalu namanya bak bintang bergemerlapan. Seorang ‘alim yang mempunyai kepakaran dalam ilmu tafsir yang mempunyai ramai follower di seantero dunia.

Dia ‘alim. Bukan bukan lebai dengan 1 script diulang-ulang. Pengikutnya bukan sahaja di Malaysia tetapi seluruh dunia. Yayasannya mendapat dana berjuta-juta dari seluruh dunia. Kiranya waktu itu dialah si ‘alim muda yang dihormati kawan dan lawan.

Kenapa dia tiba-tiba senyap hari ini? Kerana dia telah disabitkan melakukan sex harrasssment, grooming dan assault terhadap wanita-wanita dan gadis-gadis yang menghubunginya untuk meminta nasihat. Bukan setakat itu bahkan ada dakwaan yang lebih dari itu.

Pada mulanya, para asatizah dan ulama’ macam tidak percaya, tetapi selepas seorang demi seorang tampil dengan pelbagai bukti. Maka mereka sepakat untuk menyokong dan menumbangkan susuk yang telah merosakkan agama suci ini atas nama agama.

Harus diingat, tiada siapa yang percaya yang Nouman Ali Khan sebegitu pada mulanya. Kenapa ia tidak didiamkan dan disapu di bawah karpet kerana mahu menutup aib saudara dan ikon ummah ini? Kerana itu bukan ajaran Islam. Tutup aib itu benar jika ia aib peribadi yang tidak merosakkan masyarakat. Itu aib yang perlu ditutup.

Untuk kes Nouman Ali Khan pula, jika ia tidak didedahkan, lagi ramai yang akan jadi mangsanya dan mangsa-mangsa sebelum ini tidak akan dapat keadilan. Adakah Islam agama yang menzalimi mangsa? Adakah Islam agama yang menutup jenayah? Tidak! Tidak sama sekali. Jenayah bukan aib peribadi.

Selain dari terlibat melakukan jenayah seks, Nouman Ali Khan juga dituduh menyalahguna dana derma untuk kepentingan peribadi selain dituduh terlibat dengan penggubahan wang haram. Aku lihat inilah penyakit kaum lebai, nak jadi kaya dengan menjual agama dan kemudian jadi pervert.

Alhamdulillah, aku tidak pernah menjadi peminatnya setelah mendengar beberapa kuliahnya. Walaupun nampak baik, tetapi aku rasa tidak kena apabila dia suka bermain sentimen play victim yang menyebabkan pengikut-pengikutnya mengecam mereka yang mengkritiknya. Ketika itu aku lihat dia seakan dikebalkan dengan pengikut yang ramai.

Alhamdulillah. Hari ini pentaasub Nouman Ali Khan sudah seakan tiada.Begitulah kisah si ‘alim muda yang kaya dan berpengaruh. Akhirnya tumbang kerana nafsu haiwan dalam dirinya. Hari ini seorang lebai yang mempunyai pengaruh dan membawa imej Islam dipanggil untuk memberi keterangan tentang laporan melakukan gangguan seksual terhadap wanita-wanita dan gadis-gadis, hatta isteri orang. Katanya bukan hanya 1 report, tapi lebih dari 1 report.

😉

#JanganTaasub

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.