LAGI TOKOH AGAMA TERPALIT DENGAN SKANDAL SEKS DAN DANA!

L

Tempoh hari aku tulis pasal Nouman Ali Khan (NAK), ada yang baru tau, ada yang dah tau, ada yang masih taasub “menyembah” NAK. Itu biasa. Dunia ini hitam dan putih. Mana bisa semua orang baik dan sokong kebaikan. Dunia ini bukan utopia.

Ada bukti, video, ada laporan polis, ada akuan sumpah, hatta ada keputusan mahkamah dan mubahalah sekali pun, jika pantaasub tidak mahu percaya, mereka kekal tidak percaya. Mereka akan justify dengan itu dan ini. Antaranya,

1. Dia banyak berjasa. Banyak tolong orang. Kau ada tolong macam dia.
2. Semua anak Adam berdosa. Tapi pahalanya melebihi dosanya kerana kerap melakukan kebaikan.
3. Semua itu fitnah belaka. Tokoh yang dipuja seakan Nabi yang maksum.
4. Mengecam mangsa. Mangsa yang start dulu. Menggatal dan miang. Tokoh kami pun ada nafsu.

Mungkin ada lagi alasan-alasan dan justifikasi yang para taasuber akan keluarkan demi me”maksum”kan tokoh mereka.

Fatih Seferagic ini mula dikenali sebagai seorang huffaz dan qari dari Amerika seawal usia muda. Bacaannya yang merdu dan mempunyai rupa yang elok. Popularitinya bertebaran diseantero dunia Islam.

Hari ini, Fatih sudah dewasa. Populariti yang dimilikinya telah dikaitkan dengan kecurangan skandal seks dan gangguan seksual terhadap wanita dan kanak-kanak.

Menurut Facing Abuse in Community Environments (FACE), terdapat 13 mangsa yang membuat laporan yang credible dengan pelbagai salahlaku yang dibuat Fatih. Antaranya,

1. Gangguan fizikal (physical assault)
2. Rogol (rape)
3. Meraba kanak-kanak (child molestation)
4. Tunggang agama? (spiritual abuse)
5. Manipulasi mangsa (victim manipulation)
6. Salahguna dana (financial abuse)

Lihat, segala tuduhan-tuduhan yang dikaitkan dengan Fatih adalah amat mirip dengan mana-mana tokoh atau ikon dunia. Mesti melibatkan seksual dan dana. Mereka mesti ada pengikut yang ramai.

Aku tak pelik. Memang ramai tokoh Islam yang ada masalah ini. Antaranya Harun Yahya @ Adnan Oktar, Tariq Ramadhan, Nouman Ali Khan dan hari ini Fatih pula. Mungkin senarai nama ini akan bertambah.

Di Malaysia juga sudah ada beberapa nama. Baru-baru ini satu nama besar telah ada laporan polis, video dan bukti tersebar. Seperti biasa, taasuber menyerang mereka yang tidak bersama mereka menjadi taasuber.

Perangai dan akhlak mereka telah menyebabkan mangsa-mangsa ketakutan. Barangkali, inilah sebabnya mangsa-mangsa lambat dan takut nak buat laporan polis.

Cuba bayangkan, jika isteri, kakak, ibu, adik atau anak anda yang menjadi mangsa sex predator ini. Apa anda akan buat?

😉

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.