IMAM NAWAWI RAH. PERNAH DIBUANG NEGERI KERANA MEMBANTAH CUKAI!

I

Ketika pemerintah zaman Imam Nawawi ingin berperang dengan tentera salib. Para ulama’ di zamannya telah memberikan fatwa yang pemerintah boleh mengambil cukai daripada rakyat. Hanya, Imam Nawawi sahaja membantah.

Imam Nawawi dipanggil mengadap khalifah dan ditanya. Imam Nawawi menjawab dengan kalam yang patutnya ditempa dengan emas digantung di pejabat menteri MOF dan pejabat-pejabat LHDN. Kata Imam Nawawi,

“Aku dengar bahawa engkau mempunyai kekayaan yang banyak, mempunyai ratusan hamba lelaki yang tali pinggangnya emas dan hamba wanita yang perhiasannya batu-batu permata, baitulmal juga mempunyai harta yang banyak.”

“Sekiranya, kau telah menggunakan kesemuanya itu, sehingga kadar wang negara juga perlukan pendapatan yang baru untuk misi ini, ketika itulah aku akan berfatwa yang kau berhak mengambil cukai daripada rakyat.”

“Tetapi dalam keadaan kau bermewah-mewahan, orang di sekeliling kau bermewah-mewahan, aku takkan berfatwa untuk kau mengambil cukai daripada rakyat.”

—-

Begitulah ketegasan Imam Nawawi yang akhirnya dibuang negeri oleh pemerintah ketika itu. Hari ini, dalam keadaan pandemik, ekonomi hancur, sehingga sudah ada rakyat yang membunuh diri, adakah wajar mencukai rakyat sehingga meletakkan target jauh lebih tinggi dari sebelum ini.

Dalam masa yang sama, kerajaan bermewah-mewahan dengan ramainya menteri dan timbalan menteri. Elaun itu dan elaun ini. Pegawai cukai mendapat bonus berbulan-bulan setelah menjadi ejen kerajaan memeras rakyat.

Sedang kadar kemiskinan terus naik, kadar pengangguran makin besar, rakyat makin susah, dihimpit pkp dan kelembapan ekonomi. Adakah wajar rakyat terus ditekan dan ditindas dengan operasi cukai terhadap rakyat!

Ya, rakyat terus ditekan!

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.