MENINDAS RAKYAT MARHAEN BUKANLAH POLISI BIJAK!

M

Di kala rakyat marhaen sedang dipukul badai covid-19, dihimpit gelora pkp dan dilambung ombak kemelesetan ekonomi. Mereka perlukan sokongan, bukan penindasan.

Ya, benar penjawat awam atau ejen kerajaan hanya menurut arahan. Mereka kaum pelaksana. Biasanya kebanyakan kaum pelaksana ramai yang dikenali mempunyai hati dan budi insani, mereka berinteraksi dengan budi bicara.

Cuma kaum LHDN sahaja yang berinteraksi tanpa menggunakan hati dan budi. Nilai manusiawi dan insani dalam jiwa mereka seakan kosong. Biasanya toleransi. Dengan alasan mereka ikut buku. Mereka hanya kaum pelaksana. Walhal mereka lapar mengejar bonus.

Jadi, mereka tak peduli. Mereka akan tindas, robek dan mencari salah asalkan tahun ini mereka dapat bonus. Walhal kalau mereka tak capai target pun, bukan gaji mereka dipotong, atau dibuang kerja. Tidak, tidak sama sekali. Mereka cuma taknak hilang bonus. Mereka mau tunjuk terer di mata boss dan kerajaan.

Mereka tak kisah. Rakyat marhaen nak mampos ke. Nak bunuh diri ke. Mereka taknak bersama-sama denyut nadi rakyat susah sama-sama, senang sama-sama. Tidak, mereka tiada jiwa ini. Mereka mahu mereka saja senang.

Bila aku sebut perangai mereka seakan-akan zi0n1s, ia hampir adalah benar. Kenapa? Bila kau kritik mereka, mereka akan ganggu kau. Mereka akan cari salah kau. Mereka menggunakan kuasa mereka mencari salah kau.

Disebabkan sifat itu telah menjadi darah daging mereka, mereka tidak mampu kenal, haiwan atau pun manusia, mereka tidak perasan yang rakyat marhaen tengah susah. Negara sedang bergolak dengan masalah ekonomi.

Hari ini, aku dikejutkan dengan mesej dari seorang follower aku. Katanya, dia dapat surat cinta dari LHDN selepas dia rajin mengkomen dan menglike kritikan aku. Adakah ini suratan atau kebetulan? Takda warning, takda teguran, takda pemberitahuan. Terus minta duit, nak dakwa. Entahlah.

Bila melihat surat cintanya. Sedarlah aku mereka hanya nak cari salah. Compliance issue je. Macam budak LHDN tu. Dia submit tak CP500? Dah penalti dia? Mungkin cukai dia dah bayar. So, cari salah lain. So, kerja LHDN ni collect cukai ke collect penalti?

Takkan takda hati nurani yang memikirkan tentang rakyat marhaen? Kenapa taknak void saja? Inilah regim yang mereka lakukan untuk menindas kita. Menindas kita bangsa B40, M40, SMe dan StartUp. Kita tak boleh bersuara.

Ingat, bukan semua orang takut LHDN lebih dari takut TUHAN!

😜

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.