KENAPA AKU LAWAN LHDN?

K

Aku tau ramai je benci LHDN ni. Aku percaya ramai je meluat perangai pemungut cukai ni. Tapi mereka tak berani bersuara. Kenapa?

Sebab perangai mereka macam zi0nis! Mereka tiada nilai insani dan manusiawi dalam jiwa mereka. Mereka lapar, mereka dahaga, mengejar kpi. Mereka tiada budi bicara.

Ustaz-ustaz, ahli akademik, peguam, auditor, penganalisis politik, cendiakawan, budak-budak rebel, penganalisis bebas, bila aku ajak bersama aku bersuara isu LHDN ni, majoriti tak berani. Walaupun FB mereka konon rebel dan melawan, kritis dan fighter. Sebab itulah pointnya. Kata sahabat aku secara jenaka,

“Orang lagi takut LHDN, dari takut TUHAN barangkali.”

Begitulah, jadi, kalau kau bersuara. Kau kritik. Kau cuit. Diorang akan datang. Kacau. Menyusahkan kau. Itu yang ramai orang nak avoid walaupun mereka rasa mereka clean. Sebab lembaga ini ada perangai mencari salah.

Aku dah melalui kebangsatan dan kebajingan melayan akhlak dan sikap mereka. Sekarang pun masih melayan lagi. Takpa, sampai masa aku akan release bukti-bukti aku.

Kenapa aku berani?

Sebab aku dah kena. So, biarlah aku jadi korban bagi menyuarakan isu ini. Aku akan layan apa mereka kacau. At the end, apa je diorang boleh buat. Aku berusaha, apa yang terjadi dekat aku, takkan berlaku dekat korang. Aku nak korang ada awareness.

Jadi, apa yang triggered aku nak lawan LHDN secara terbuka ni?

Ianya bermula apabila kawan aku, seorang peniaga sme minta nak pinjam duit dekat aku. Dia ialah mereka yang terkena effect pandemik dan masalah ekonomi hari ini. Dia telah jatuh terduduk.

LHDN juga datang dalam masa yang sama. Korang kena faham LHDN punya perangai. Macam-macam kungfu dia “harrass” kau. Kawan aku yang dah terduduk ni macam disuruh terbaring pula.

Bila dia sebut,
“aku rasa macam nak bunuh diri.”

Aku rasa this harrassment must be stopped now! Sekarang bukan masanya. Not now mereka nak hambat peniaga SME!

Kita telah saksikan beberapa individu membunuh diri dalam masa pandemik ini. Kita nak tunggu ada orang bunuh diri sebab LHDN pula?

No!
Itulah asas aku bangkit melawan. Aku tak peduli apa orang nak cakap. Apa yang aku akan kena.

Diorang nak pergi “harrass” politikus, anak menteri dan anak mantan menteri. Silakan!

Nak kacau artis-artis dan influencer-influencer yang tunjuk kaya. Silakan!

Ganggu anak-anak orang kaya, T20, owner public listed company, kroni-kroni, silakan!

Tapi, M40, B40, startup dan SME, HARAM diganggu mereka dan merebut hak mereka dalam keadaan sekarang ini!

#HeilB40#HeilM40#HeilSME#HeilStartup

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.