SCRUT MANGSA GANGGUAN SEKSUAL – KENAPA MANGSA MENGHUBUNGI LEBAI ITU?

S

Itulah soalan yang ditanya oleh para taasuber setelah mangsa membuat kenyataan yang dia mengalami gangguan seksual, amang seksual atau harrassment. Sampai depression dan trauma.

Aku berpandangan ada 4 perspektif yang boleh aku jadikan persoalan.
1. Kenapa mangsa menghubungi lebai itu?
2. Kenapa mangsa memilih lelaki, bukan wanita?
3. Adakah pemangsa boleh melakukan gangguan seksual atau melalut bercakap lucah?
4. Kenapa mangsa tak buat laporan polis seawal kejadian?

—-

[1] Kenapa mangsa menghubungi lebai itu sedangkan mangsa seorang wanita, ada yang isteri orang juga?

Jawapan mudah. Mereka hendak memohon bantuan. Pengalaman aku memberi bantuan “cash handout” menggunakan page ini menjadikan aku tempat mereka meminta bantuan. Minta bantuan kewangan, minta kerja, minta nak pinjam duit, minta nasihat, mengadu nasib dan macam-macam lagi.

Bukan saja kaum lelaki. Bahkan kaum wanita juga ramai. Jadi aku faham apa yang terjadi. Jika aku ini predator, menggatal, aku rasa aku pun boleh melalut. Ada juga yang “try” aku. Aku ada pilihan, nak melayan atau tidak. Aku lihat, wanita-wanita yang ada masalah ini memang sangat fragile. Mudah dimanipulasikan.

[2] Kenapa mangsa-mangsa memilih kaum lelaki, tidak wanita?

Menjawab soalan ini. Kita kena berbalik kepada hukum asal. Boleh atau tidak meminta bantuan mereka yang berlainan jantina. Jawapannya boleh. Wanita-wanita di zaman Nabi juga meminta tolong dan meminta nasihat kepada Nabi. Di zaman sahabat juga hal ini berlaku. Zaman salaf juga ianya berlaku. Maka ia bukanlah salah dan pelik.

Perkara lain adalah mereka melihat dan beranggapan pemangsa ialah orang yang baik. Ketokohan, drama, dan segala kebaikan yang dipertontonkan dipercayai. Bukankah ada yang menganggap pemangsa sebagai keramat, Nabi, dan maksum? Jika yang bukan mangsa berfikiran sebegitu, sudah pasti yang menjadi mangsa juga suatu masa dulu mempunyai pandangan yang sama. Ada tokoh wanita sebegitu?

Aku telah melihat banyak komunikasi antara pemangsa dan mangsa. Benar, ia dimulakan oleh mangsa. Tapi mangsa memulakan dengan meminta tolong, meminta nasihat. Yang memulakan “sexual grooming” ialah pemangsa. Mangsa yang sudah terpukau kerana telah dibantu, terhutang budi, mula hilang kesedaran dan akhirnya melayan kehendak nafsu pemangsa.

[3] Adakah pemangsa boleh melakukan gangguan seksual atau melalut bercakap lucah?

Kita anggaplah wanita-wanita lemah itu bersalah kerana menghubungi mangsa yang bukan mahram mereka. Tetapi, adakah mengamang, bercakap lucah, merepek dan mengajak mangsa melakukan perbuatan tak senonoh itu dibenarkan?

Bukankah pemangsa itu dianggap dewa kayangan, maksum, “nabi” dan mustahil melakukan kesalahan? Kenapa pemangsa itu menjadi syaitan apabila mereka yang lemah dan fragile ini datang kepada pemangsa yang awalnya hanya ingin meminta pertolongan.

Kalau para penyokong pemangsa tidak berfikir pada angle ini, ia amat jelas ketaasuban dan kejahatan dalam kehidupan. Mengkuduskan pemangsa adalah kultus jahat yang wajar dilawan habis-habisan. Ia syirik besar yang menghalang kita masuk ke syurga kelak.

Ya, mangsa yang melayan itu salah. Salah dan tetap salah. Tetapi..

Persoalannya, ADAKAH DIBENARKAN SI LEBAI PEMANGSA ITU MELAKUKAN PERBUATAN TERSEBUT? PEMANGSA MEMULAKANNYA?

—-

Jika kita memilih untuk terus menerus menyalahkan mangsa, hanya kerana pemangsa itu orang popular, banyak menunjukkan kebaikan dan punya pengaruh yang besar. Hal ini yang menyebabkan mangsa tidak berani bangkit dan terus trauma.

Pemangsa pula makin liar dan jahat memangsakan wanita-wanita dan gadis-gadis yang lemah dan fragile untuk dimanipulasikan demi kepuasaan pemangsa. Sampai bila kita nak biarkan perkara ini?

Takkan kita terus menerus bersikap prejudis menyalahkan mangsa? Mangsa rogol, kita salahkan mangsa sebab jalan sorang-sorang atau pakai seksi. Bapa rogol anak, kita salahkan anak sebab pakai seksi dalam rumah dan tak kunci bilik. Mangsa harrassment, kita salahkan mangsa sebab menggatal cari lebai.

Menjawab persoalan ke [4] pula, kenapa mangsa tidak mahu membuat laporan polis seawal kejadian berlaku?

Lihatlah sekeliling kita. Betapa ramainya pentaasub, taasuber, usop, walabit, taasubit dan bit-bit to the bit yang muncul menyerang mangsa, para pembela mangsa. Mereka memaki hamun, mencarut, menghina dan mengecam mereka yang tidak bersama-sama mereka menyokong tokoh pujaan mereka.

Cuba bayangkan jika mangsa-mangsa ini berseorangan dan keseorangan. Tanpa sokongan dan bantuan para asatizah, tokoh masyarakat dan influencer media sosial. Adakah mangsa-mangsa ini akan selamat atau berani ke depan?

Tepuk dada, tanya diri sendiri.

Sekali lagi aku ulang, sebagai ayah, suami, abang kepada insan-insan yang bergelar kaum hawa, aku menyokong predator seksual ini didedahkan kebejatannya secara terbuka. Aku memohon mereka-mereka yang pernah menjadi mangsa untuk tampil ke depan buat laporan polis.

Jangan takut!

Buat mereka yang tidak mahu menyokong atau menentang. Takpa. Tidak mengapa.

Kerana perkara tersebut tidak berlaku ke atas anak anda, kerabat anda.

Semoga Allah melindungi kita semua daripada syrik mengkuduskan lebai popular dan kaum kerabat kita terselamat daripada gangguan sex predator terutama yang berkopiah..

😉

#JanganTaasub

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.