GAJI RM1200 CUKUP KE TIDAK?

G

Tidak.
Memang tidak cukup jika mahu kehidupan sempurna cukup serba serbi.
Tapi, jika sekadar mahu hidup sekadar hidup, kerja sekadar kerja.
Aku kira ia cukup.

Aku ada staff yang aku nak naikkan gajinya dan pangkatnya. Dia balas,
“Boss, kalau ada tambah tanggungjawab, saya taknak naik gaji.”

Simple. Tapi gajinya bukanlah RM1200.
Dengan gaji RM1200, kau boleh hidup simple.
Let say lepas tolak itu ini, balance kau ada hanya RM900.

Kau hanya perlu belanja RM300 untuk makan. Itu pun maksimum, makan sehari sekali. Jadi gelandangan tanpa bayar rumah sewa, tinggal di masjid menjadi siak. Jika mahu tempat tinggal, bilik sewa RM150 masih ada. RM30 untuk topup. Mungkin transport RM100-200 sebulan.

Cukup! Masih ada lebihan bukan?

Di Australia, aku pernah ada kawan orang putih yang takda rumah.

Kadang-kadang dia tidur di universiti, kadang-kadang dia bermalam di tepi jalan, rumah kawan-kawan, kadang-kadang pejabat.

Dia kerja macam biasa sebagai technician casual. Di Australia ada 4 jenis employment, permenant, contract, part time, dan casual. Dia takkan ambil OT, dia takkan kerja lebih. Sampai masa dia chow.

Life dia simple. Aku pernah tanya. Dia cakap, dia tak minat ada apa-apa komitmen. Kereta, rumah dan family adalah komitmen pada dia. Aku dengar dia ronda-ronda europe pun macam tulah. Dia tinggal di hostel, kerja di hostel.

Pada aku, gaji RM1200 adalah pilihan. At the first place kenapa kau accept kalau tak boleh terima?

Pada aku, kau boleh negotiate dengan mencabar diri kau dan majikan kau. Kau boleh minta tanggungjawab lebih atau capai target untuk dapat lebih. Aku percaya ramai majikan sukakan anak muda yang mencabar mereka untuk buktikan mereka worthy.

Tapi kalau kau kerja pun sekadar kerja, macam yang Buya Hamka sebut tu. Kau jangan expect lebihlah. Kau pergi mana pun, majikan akan meluat.

Aku ada 1 position gaji RM2500, aku nak mereka yang benar-benar nak kerja, lelaki nak belajar, amanah dan loyal. Lokasi, Bangi. Kalau kau rasa kau anak muda yang ada ciri-ciri itu. PM aku..

😉

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.