TAASUBER SEX PREDATOR IN DA HAUS!

T

Punya panjang aku syarah pasal kenapa mangsa menghubungi lebai predator dan kenapa mangsa takut buat laporan, alih-alih aku pula jadi taasuber mangsa.

Rujuk :
https://www.facebook.com/106639804995509/posts/152702853722537/

Nampak tak? Betapa dahsyat dan rosakkan minda sesetengah masyarakat kita hari ini. Demi mempertahankan jenayah atau menyapu kebejatan tokoh yang dia imani, sanggup dia mengeluarkan kenyataan sebegini.

Di saat, rakan sejantinanya (jika bukan fake account) diperkotak katikkan. Dihina dan dicerca, depression dan trauma. Dibuli dan dimanipulasi oleh syaitan bertopeng manusia berkopiah dan berjubah.

Tiada siapa yang pada mulanya berani membela dan memberi support/bantuan kepada mereka, muncullah beberapa pihak yang memberikan mereka harapan dan perlindungan agar mereka bisa bangkit mendapatkan keadilan.

Malangnya ada kaum mereka sendiri yang tidak mahu menyokong agenda ini. Ini bukan isu dah kes polis atau tidak. Ini isu awareness dan kempen memanggil para mangsa yang selama ini ketakutan supaya tidak lagi takut.

Ah, pening aku..

Adakah mereka ini suka melihat kaum sejenis mereka terus menerus diambil kesempatan oleh predator berkopiah?

Allahul mustaan..
;(

#JanganTaasub

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.