Ini screenshot yang dihantar oleh seorang salapi juga. Mungkin salapi ini faham yang Abu Muhammad Akbar Azmi (Akbar) ini tujukan kepada aku. Salapi ini mungkin tak setuju dengan perangai mereka.
Anyway, aku takda masalah dengan itu jika benar dia tujukan kepada aku. Perkara ini memang biasa dilakukan oleh para pengaku salapi. Ini bukan pertama kali. Sudah banyak kali.
Kenapa salapi? Apa itu salapi? Salapi ini satu kelompok muslim yang mengaku mengikut al-Quran dan as-Sunnah dengan kefahaman salaf, tidak taksub dengan mana-mana ulama’ dan mazhab tetapi hakikatnya mereka taksub terhadap beberapa jalan dan ulama’ sahaja.
Akbar ini bekas penyanyi. Konon sekarang dah jadi baik, tapi jadi salapi lah. Kalau kau baca apa dia tulis, adakah ia menunjukkan seorang yang mengikut Quran dan Sunnah dengan kefahaman salaf? Itu sebab dia jadi salapi. Itu sahaja yang dia boleh sumbang kepada umat.
Salapi ni bangsa yang seakan “menyembah” asatizah. Astizah mereka seperti maksum, tidak boleh dikritik dan dipertikaikan. Jika kau lakukannya, kau akan digosip, akhlak dan akidah kau akan dipertikaikan, dihina, dikutuk, dicerca dan didoakan kehancuran. Persis ekstrimis khawarij.
Aku rasa penulis posting tak kata kat aku lah kot. Sebab aku bukan jutawan dan kaya. Ada Axia Kompang je boh. Kalau aku kaya, salapi mesti “sembah”. Tengok majlis nikah Neelofa tu, si Akbar tu bermati-matian mempertahankan walaupun dah sah langgar SOP. Itulah polemik aku dengan si Akbar pun.
Aku ni malas nak sembang pasal akhlak. Akhlak ni subjektif sangat. Golongan khawarij pun sangat berakhlak sesama mereka. Diorang takut buat dosa kan. Tapi bila mereka bersikap ekstrim dengan mereka yang tidak bersetuju dengan mereka. Akhlak mereka? Tengok sendirilah.
Mungkin ideologi salapi ini adalah ekstrimis pemikiran yang akan menjadi titik mula pemikiran khawarij akhir zaman ini. Entahlah, aku berlindung dengan Allah dari syaitan dan pemikiran salapi.