KALAU DAH MENANG KENAPA MEROYAN?

K

Selepas aku menulis tentang analogi Aminahtul, pengawas, eskrim Mat Kool dan Godiva. Ramai pula gang yang kononnya menang datang meroyan di wall aku termasuk Masyitah.

Aku cuba memahami kenapa #TeamDrSakinah rasa mereka menang dan #TeamDoulaMasyitah terpaksa meroyan walaupun mereka kata mereka menang. Takpa #BroCuba. Aku tertarik dengan analogi pihak sana yang menggunakan contoh pembunuh.

Baiklah. Aku cuba matchkan dengan perjuangan Dr. Sakinah. Dr. Sakinah seorang doktor pakar. Selain merawat pesakit, dia juga kena mendidik masyarakat tentang kesihatan dan juga keselamatan. Since dia seorang wanita, #safebirth mungkin menjadi minatnya. Maka bertembunglah dengan kumpulan doula yang againts her knowledge dan principle dia.

Maka, let saylah, Dr. Sakinah mengkritik anekdot doula sebagai keji dan membunuh. Ia bersifat majaz dan umum. Seperti rokok membunuh, arak membunuh, dan dadah membunuh. Hakikatnya, rokok tidak terus membunuh, arak juga tidak membunuh, dan dadah juga tidak boleh membunuh. Begitu juga doula tidak membunuh.

Tetapi, kesan rokok, dadah, arak dan ajaran doula boleh membunuh dan membahayakan nyawa manusia. Dr. Sakinah sebagai seorang doktor pakar, dia mengambil tanggungjawab dan risiko mengkritik ajaran-ajaran songsang dan individu-individu yang mengajar ajaran songsang yang tidak diiktiraf oleh kerajaan Malaysia melalui KKM dengan lantang.

Malangnya, ada individu telah mengambil tindakan menyaman Dr. Sakinah. Mungkin kerana businessnya terganggu, untuk mengembalikan reputasi, atau mendapatkan some token. At the end, golongan ini adalah kaum yang sama saja, mereka antivax dan kononya nak amalkan hidup alami dan fresh. Tetapi jual mi segera dalam bungkusan plastik. Aku taktau pula process food ni level alami atau fresh.

Banyak faktor Dr. Sakinah tewas di mahkamah sebelum ini. Aku ada pengalaman naik turun mahkamah. Maka aku tahulah apa yang boleh menyebabkan dia kalah. Itu sebab dia ambil peguam baru dan ditambah hujah dengan bukti-bukti baru. Dan akhirnya, keputusan mahkamah rayuan membuatkan Dr. Sakinah gembira dan ceria.

Sebelum ini, mahkamah telah mengarahkan Dr. Sakinah membayar sebanyak RM230,000 dan kena minta maaf. Aku rasa inilah main point yang Dr. Sakinah taknak buat. Taknak minta maaf dan taknak bayar sebanyak itu. Maka di dalam mahkamah rayuan, Dr. Sakinah melalui peguam barunya berjaya mendapatkan apa yang dia nak. Maka dia rasa dia sudah menang.

Pada aku, menang dalam malam prosiding mahkamah ini adalah apabila kau berpuas hati dan gembira dengan keputusan mahkamah yang dibacakan. Kau keluar tersenyum dan gembira. Kau tak meroyan dan menggila di dalam media sosial. Aku kan biasa nak turun mahkamah, jadi aku ada target aku yang aku nak. Kita tak boleh expect kita dapat semua. Yang main kita dapat pun dah happy, yang selebihnya kalau dapat itu bonuslah.

Tapi, kalau kau kata kau menang. Tapi kau datang wall aku meroyan. Aku rasa kau sebenarnya sedang kemurungan kerana kecewa dengan keputusan mahkamah. Ada sampai suruh peguam sound peguam, hantar surat dan publickan surat sesama sendiri. Desperate sangat tu rakan bijaksana. Takkan dah dapat eskrim Mat Kool pun masih nak duka nestapa? Nak ubat batuk cap ibu dan anak pula?

Sempena aku nak meraikan analogi pembunuh, maka aku cerita sikit tentang pengalaman hidup aku ketika zaman sekolah. Rekod aku, 5 sekolah dari form 1 sampai 5. Aku pernah dibuang sekolah kerana memukul senior aku yang cuba membuli aku. Aku dibuang sekolah sebab beberapa teknikal dan kemaslahatan seperti aku mungkin akan terus bergaduh dengan senior-senior lain. Dalam rekod, memang aku dibuang. Tapi aku gembira. Aku puas, sebab aku berjaya belasah mangkuk tu. Aku tak pernah minta maaf dan aku tak menyesal. Aku kena buang sekolah? Aku dicop samseng dan suka bergaduh selepas itu. Aku tak peduli. Itu harga aku kena bayar sebab mempertahankan diri, maruah dan prinsip aku. Aku tak malu menceritakannya.

Begitu juga dengan Hang Jebat. Dia seorang pembunuh, penderhaka dan pengamuk. Dalam rekod sejarah ditulis sebegitu. Tetapi, pada mata Jebat, dia menuntut keadilan, melawan kezaliman, dan menunjukkan prinsip dia yang mengangkat persahabatan lebih dari ketaatan kepada sultan. Hari ini, betapa ramai manusia mengangkat Jebat lebih dari Tuah.

Aku ada kawan, dia pernah didenda RM2,000 di mahkamah kerana menumbuk muka seorang lelaki yang kurang ajar yang cuba melakukan road bully terhadapnya. Walaupun keputusan mahkamah terlihat tidak berpihak kepadanya, tetapi dia gembira dan puas hati. Katanya, “sekurang-kurangnnya aku dah bagi penumbuk dekat muka dia. Kena bayar tu fee aku tumbuk muka dia la kot.”

Lagi contoh, jika ada orang masuk rumah kau dan merompak rumah. Cuba merogol ahli keluarga kau. Apa perasaan kau? Dan kau membunuh perompak-perompak tersebut dengan sengaja atau tidak. Kemudian mahkamah menghukum mati kesalahan kau. Walapun kau akan dihukum mati, tapi aku pasti kau puas hati dan redha. Tapi, kalau mahkamah tidak menjatuhkan hukuman mati, kau lebih puas hati bukan? Dan kalau mahkamah melepaskan kau, ia bonus. Apa jadi pun, kau tetap bergumbira. Betul tak? Kalau kau jadi pembunuh pun, kau telah bunuh orang jahat. Tak rasa menyesal kot.

Mungkin begitulah juga perasaan Dr. Sakinah. Aku tak rasa dia kisah pasal cop defamatory atau fitnah yang team di belah sana duduk war-warkan. Pada dia, itu perjuangan dia. Ada harga yang dia perlu bayar. Mungkin erti sebenar yang dia maksudkan lain dari apa yang mahkamah faham dan putuskan, para hakim juga manusia. Tidak maksum. Tapi, “then main thing” yang dia mahukan, dia dah berjaya dapatkan, itu sebab dia kelihatan gembira, bahagia dan ceria. Tidak meroyan dan merapu bersepah-sepah di wall pihak sebelah sana.

Jiwa orang berjuang ni lain. Cop pembunuh, pemfitnah, suka gaduh, dan apa pun takkan pernah mengubah pendiriannya. Dia tahu dia buat benda yang dia rasa betul, jadi apa pun jadilah, dia tetap dengan pendiriannya walaupun mahkamah dan seluruh manusia tak bersetuju dengan dia. Aku sangat faham sebab jiwa aku macam tu. Macam kes adik Bella, aku nak lawan sampai aku bagitahu Mahmud,

“Mud, kalau aku kena masuk penjara sebab membela Bella ni, aku ok je masuk penjara. Itu harga yang aku kena bayarlah.”

Aku masuk penjara sebab membela seorang kanak-kanak perempuan OKU down syndrome dan sebatang kara yang telah dicederakan mental dan fizikal secara sangat dahsyat. Apa aku nak malu. Bukan aku kena masuk penjara sebab merompak, merogol, mendera kanak-kanak OKU atau memaki hamun suami lebai daiyus di dalam Facebook.

Betul tak? Jadi, kalau kau rasa kau dah menang, kenapa nak koyak dan murung?

😉

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.