“FITNAH” YANG DIBENARKAN?

Aku suka nak bahaskan isu ini sebab aku rasa menarik. Yang belah sana duk meroyan tu, mungkin eskrim Mat Kool tak cukup nak berkongsi dengan yang ramai.

Mula-mula aku nak kasitau buat para noobies yang cuba nak tunggang agama, ayat Quran yang menyebut,

“Fitnah itu lebih dahsyat daripada membunuh.”

Bukanlah bermaksud fitnah yang orang Melayu faham. Fitnah dalam ayat tu bermaksud kerosakan. Fitnah kubur, fitnah dajjal dan fitnah dunia. Bukan hanya fitnah yang membawa maksud menuduh tanpa bukti atau mencela.

Clear?

Baik, mari kita menelusuri perkara haram yang dibenar dalam Islam. Biasanya, perkara haram yang dibenarkan pasti berkait dengan 5 dharuriyat (dharuriyat al-khamsah) yang ada dalam maqasid syariah dan ia pasti berkait dengan maslahah ummah.

Apa 5 perkara tarsebut :
1. Pemeliharaan agama ( Hifz al-din)
2. Pemeliharaan jiwa (Hifz al-nafs)
3. Pemeliharaan akal (Hifz al-‘aql)
4. Pemeliharaan keturunan (Hifz al-Nasb)
5. Pemeliharaan harta (Hifz al-Mal)

Kesemua 5 perkara tersebut ada dalil yang jelas yang aku taknak bahas di sini. Tapi aku mahu mengambil beberapa contoh amalan dan praktik dalam dunia Islam dan hukumnya yang aku kira boleh menjustifikasi keputusan para hakim.

Di dalam Islam, antara perkara haram yang dibenarkan kerana maslahah dengan syaratnya, dan juga dibuat oleh atau dengan kebenaran autoriti kerajaan atau massa.

1. Membunuh dalam Islam diharamkan, tetapi ia dibenarkan dalam beberapa keadaan seperti mempertahan diri dan perang. Begitu juga membunuh haiwan perlu ada sebab musabab yang diizinkan syarak. Hal ini termasuk dalam salah satu atau lebih 5 dharuriyat di atas.

2. Begitu juga mengumpat (ghibbah). Ia perkara yang diharamkan tetapi dibenarkan pada beberapa keadaan seperti yang Imam Nawawi bahaskan dalam syairnya, antaranya mengumpat dalam mahkamah kepada qadi atau hakim.

3. Menipu diharamkan dalam Islam. Tetapi dibenarkan ketika perang atau mendamaikan 2 kaum muslimin yang bersengketa. Ia tidak dipanggil tipu, tetapi dipanggil helah.

4. Cukai dan makan babi. Hukum asal memungut cukai dan makan babi adalah haram. Tetapi dibenarkan kerana maslahah dan dharurat.

5. Mengkeji manusia lain memang haram. Tetapi dibenarkan dalam hal tahzir ahli bidaah, hajar gang sesat dan al-jarh wal ta’dil untuk perawi hadis. Semua ini dilakukan oleh mereka yang berautoriti demi menjaga maslahah ummah. Ada syarat dan disiplin yang digagaskan.

Begitulah indahnya Islam yang sangat dinamik dan tidak rigid dalam menjaga maslahah ummah. Dalam masa yang sama, aku melihat undang-undang negara kita juga seperti melakukan perkara yang sama dalam beberapa perkara. Sebagai contoh, memfitnah adalah salah. Tetapi kerana maslahah, fitnah terhadap rokok dan arak tidak dianggap salah.

Rokok membunuh. Adakah benar rokok benar-benar membunuh? Banyak ruang boleh dipertikaikan. Tetapi jika taukey rokok saman doktor-doktor atau kerajaan Malaysia, adakah mereka boleh menang? Sudah pasti payah, kerana ia “ditahzir” atau “dijarah” dengan autoriti. Begitu juga dengan arak, ubat terlarang dan produk psuedoscience timbang kilo.

Kalau dalam menjaga agama, para ulama’ dibenarkan melakukan tahzir, hajar, dan jarah. Aku berpendapat dalam bidang profesional lain pun ia sepatutnya dibenarkan dilakukan oleh ahlinya. Ahlinya sudah pasti pakar-pakarnya. Para doktor yang mengecam, mengeji dan membelasah segala ajaran songsang tentang sains perubatan adalah dibenarkan dalam Islam menurut hifz al-nafs dan hifz al-aql, bagi menjaga nyawa dan menjaga akal.

Disebabkan di Malaysia tiada akta yang protect para ahli atau pakar ini. Jadi mereka terdedah kepada saman “fitnah” yang sebenarnya bukan berniat atau bermaksud “fitnah”. Ia adalah tahzir, hajar dan jarah yang dibenarkan syarak demi menjaga kemaslahatan sejagat. Kalau pakar-pakar ini tidak menegakkan kebenaran dan menjaga kesucian ilmu yang mereka pelajari dan diiktiraf kerajaan. Tak kisahlah bidang apa, agama, perubatan, kesihatan, sains dan kejuruteraan.

Maka, makin bercambahlah segala penunggang agama, produk timbang kilo, ajaran psuedoscience, ajaran sesat dalam agama, ajaran sesat dalam sains, dan ajaran puak alami yang merbahayakan nyawa. Mereka-mereka ini sangat merbahayakan agama, nyawa, akal, keturunan dan harta. Kita nak melahirkan generasi bangang?

Jadi, “fitnah” itu wujud tetapi tak perlu memohon maaf adalah seperti ghibbah itu berlaku, tetapi dibenarkan kerana kemaslahatan. Rasanya para hakim tersebut telah apply ilmu al-jarh wa ta’dil dan memahami dharuriyat al-khams di dalam maqasid syariah dalam mengadili seorang pakar yang kerap menentang kaum psuedoscience yang telah disaman kerana melakukan “fitnah”.

Jelas, hakim-hakim mahkamah rayuan sangat bijaksana!

😉

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.