Beberapa hari lalu, aku telah ke Guatemalay, yang terletak di timur tengah Wakanda. Semenjak aku bangkit melawan kezaliman dan penindasan LHDN, sesiapa yang berjumpa aku, mesti bertanya aku tentang cukai.
Jawapan aku mudah, aku hanyalah tax payer, usahawan sme dan budak startup. Aku bukan tax agent, bukan juga broker untuk kautim dengan LHDN. Aku bukan menolak cukai, bukan pembenci cukai. Aku Wira Negara, bukan penjenayah.
Ada satu mamat ni cerita dekat aku pasal satu cerita. Entah betul ke tidak. Tapi boleh diambil pengajaran. Katanya, dulu di Guatemalay, ada seorang pengarah cawangan tax office. Kerjanya adalah menyuruh macai-macai dia untuk kejar tax payer dan charge maximum. Then dia akan deal bila mereka buat rayuan.
Cawangan dia akan sentiasa cari salah dan mengugut tax payer. Mereka suka tangkap gang peniaga pasar malam dan pasar tani. Pakcik-pakcik dan apek-apek yang takda ilmu sangat pasal cukai. Mamat tu cerita, ada satu pakcik ni bila buat rayuan, dia suruh jual tanah pakcik tu dekat dia.
Nak dijadikan cerita, meminta beli tanah mangsa-mangsa memang modus operandi dia. Sampailah pengarah tu ada banyak tanah yang dia beli dari mangsa-mangsa dia di tax office. Sampailah turn pakcik sorang ni, seorang peniaga pasar malam yang ada sebidang kebun sawit.
Setelah diugut akan dipenjara dan harta dirampas, pakcik tu pun setuju untuk jual tanah dia kepada pengarah tersebut. Tetapi dia berdoa di hadapan tax office kuat-kuat,
“Seandainya cukai ini diambil tanpa hak, aku doakan korang semua tidak selamat hidupnya di dunia dan akhirat. Akan sentiasa ditimpa musibah selepas korang bersara nanti.”
Nak dijadikan cerita, selepas bersara, pengarah itu kena potong kaki sebab diabetes, kemudian dia kemalangan, anak sulung dia terlantar sebab kemalangan jalan raya juga. Hidupnya tidak mudah selepas dia bersara.
Akhirnya, mantan pengarah tersebut terpaksa jual tanah-tanah dan harta-harta dia yang ada. Kata mamat tu, dia taklah hidup senang. Orang kampung pun asyik sebut dia terkena sumpah orang yang dia zalimi.
—-
Walaupun perkara ini tidak berlaku di Malaysia. Tapi pengajaran yang patut diambil adalah,
1. Kita tidak selamanya ada kuasa untuk menindas rakyat.
2. Kita tak tau masa depan kita. Mungkin musibah akan menimpa kita nanti.
3. Doa orang yang dizalimi sangat mustajab.
4. Jangan bergembira di atas kesakitan dan kezaliman yang dikenakan ke atas orang yang tengah kesusahan.
5. Menindas rakyat marhaen dengan kuasa dan akta adalah kezaliman yang nyata.
—-
Hari ini hari Jumaat. Berdoalah semoga Allah memberi kita kekuatan melayari kehidupan yang penuh dengan penindasan dan kezaliman. Jangan jadi pemaki hamun dan penghina suami dan jangan juga jadi lebai daiyus yang sering dikeji oleh bini gila di sosial media. Nasihat umum untuk semua.