APA ITU LELAKI DAIYUS?

A

Lelaki daiyus adalah lelaki yang membiarkan maruahnya dipijak isterinya, dihina, dimalukan, diaibkan, dan difitnah. Lelaki yang biarkan hati dan perasaan dimalukan. Lelaki yang membiarkan anak dan isteri terus menerus buat maksiat tanpa apa-apa tindakan yang tegas. Ada isteri yang lebih ganas, dipukulnya suaminya.

Lelaki seperti itu, tanyalah siapa pun, memang maaruf jenis itu ada lelaki daiyus. Lelaki daiyus ini tak kisahlah siapa dia. Kalau lebai, dia lebai daiyus. Kalau engineer, dia engineer daiyus. Kalau suami, dia suami daiyus. Kalau kita taknak panggil laki daiyus, maka kita nak panggil apa? Isteri dari neraka atau perempuan neraka kepada pasangan laki daiyus tu?

Daiyus itu perkataan yang keluar daripada lidah Nabi SAW melalui beberapa hadis Nabi yang sahih, antaranya,

Abdullah bin Umar R.Anhuma, Rasulullah SAW bersabda:
ثَلَاثَةٌ قَدْ حَرَّمَ اللَّهُ عَلَيْهِمْ الْجَنَّةَ مُدْمِنُ الْخَمْرِ وَالْعَاقُّ وَالدَّيُّوثُ الَّذِي يُقِرُّ فِي أَهْلِهِ الْخَبَثَ

“Tiga golongan yang telah diharamkan oleh Allah daripada memasuki syurga: Iaitu penagih arak, orang menderhakai ibu bapanya dan orang yang dayus iaitu orang yang membiarkan kejahatan dalam keluarganya.”
Riwayat Ahmad (5372)

Aku sampai hari ini tak boleh brain ada sesetengah lebai yang membiarkan dirinya dihina, dimalukan, dijijik-jijikkan dan diaibkan. Bahkan, keluarganya sendiri pun dihina oleh isterinya secara terbuka di dalam media sosial. Siap kena pukul lagi. Level super derhaka dah.

Nabi SAW pun pernah menceraikan isterinya yang dirasa tak disenangi. Umar RA juga pernah menyuruh anaknya menceraikan menantunya yang tidak menyenangkan hatinya. Nikah adalah syarak, talak juga syarak. Jadi, aku tak boleh brain apa ilmu agama lebai ini belajar. Dengar khabar pula, dia lebai PAS.

Bagaimana lebai ini nak membina negara Islam sedang keluarga sendiri porak peranda dengan isteri yang senantiasa menghina dirinya, partinya dan agamanya. Lebih advance, bapanya dan keluarganya. Aku bangsa tak salahkan isteri sangat, kita lelaki, kalau tak boleh handle. Lepaskan jela kalau dia tak boleh follow rules kapal korang. Unleas kapal korang, bini korang kapten.

Takziah kepada fallen brothers kita, lebai-lebai daiyus, jantan-jantan TB, suami-suami pondan dan laki-laki lemah. Sedarlah, korang itu lelaki. Takkan dengan bini pun takut. Jangan jadi TB sebab TB is Takut Bini.

😜

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.