SUAMI ISTERI YANG DISEKSA!

S

Semalam, sedang aku duduk bersama rakan-rakan yang senasib dan tak senasib di @Saka Cafe, sambil menghirup kopi tersedap di Malaysia, Kopi KnTL of @Coffee & Koala, datang seorang anak Rohingya yang meminta sedekah.

Pandangan pertama aku dekat budak tu, aku ada positive vibe sebab dia hanya tersenyum sambil meminta sedekah. Tiba-tiba, aku terlihat, di tangan dia ada sebuah buku bertajuk,

“Suami isteri yang diseksa.”

Wow! Seakan-akan tuhan memberi aku jawapan kepada persoalan yang banyak aku dapat setelah aku menulis tentang lebai daiyus siang tadi. Aku terus beli buku tu dekat dia. Aku cekup duit cash yang ada dalam wallet tanpa jenama aku, aku bagi kesemuanya. Budak itu hanya tersengih macam kerang busuk.

Macam ni, aku dapat banyak persoalan tentang hal suami daiyus dan bini neraka tadi. Ada satu soalan yang aku kira agak menarik untuk aku komentar dengan bantuan buku yang anak Rohingya itu bagi tadi. Tapi disebabkan ia ditulis gaya budak wechat, aku tuliskan semula dengan mengubah beberapa fakta supaya orang yang berkenaan dan tidak berkenaan tidak terasa,

“Assalamualaikum tuan Aliff, saya ingin bertanya tentang jiran saya seorang ini. Suaminya seorang lebai, mungkin ahli Parti Islam Wakanda (PAW), bekerja sebagai senior manager di syarikat minyak dan gas Wakanda.”

“Lebai ini diceritakan oleh isterinya yang bertudung helmet atau di Wakanda dipanggil tudung magneto sebagai seorang suami yang kaki pukul. Pukul isteri dan pukul anak. Diceritakan juga yang si lebai ini mewarisi sifat panas baran ayahnya yang juga kaki pukul.”

“Lebih meyakinkan, isterinya ialah seorang muslimah yang dikagumi oleh kaum antivax, flat earth society, mi segera alami dan gang eskrim telah merakamkan segala dakwaan tersebut di dalam media sosialnya tanpa ragu-ragu. Si isteri itu ialah seorang penasihat undang-undang kepada NGO-NGO yang hidup dengan makan 30% duit NGO.”

“Untuk pengetahuan tuan, si isteri itu selalu sahaja berbangga-bangga yang dia ada steady income, tak pernah hadap gaji suaminya yang besar, dan mengaku dia sangat berdikari. Pernah mengumumkan hendak bercerai tetapi lepas tu tak berani nak bercerai. Mungkin sebab dia takda duit kot. Dengar cerita, laki dia kasi elaun banyak, dia takut dia tak boleh survive kot.”

“Si suami pula, seringkali menyatakan isterinya telah sesat, rosak akidah dan telah gila. Tidak mahu bercerai kerana kasihan dekat isterinya nanti akan merempat jadi orang gila merayau-rayau di Lorong Haji Taib, makin mental dan murtad pula. Katanya, kesian dekat anak-anak melihat ibunya jadi orang gila meroyan macam Hantu Kak Limah. Sebab katanya, sekarang ni pun tak kena cerai pun dah macam hantu.”

“Soalan saya kepada tuan Aliff, apa yang patut saya nasihatkan kepada mereka berdua ini?”

—-

Untuk menjawab soalan ini, suka aku ingatkan yang hukum bercerai asalnya harus, tetapi boleh jadi wajib. Boleh jadi wajib adalah apabila suami isteri dah saling kutuk mengutuk secara terbuka. Jadi, alasan kesian dekat anak-anak adalah “bullshit”.

Bagaimana anak-anak nak hadap ibunya maki ayahnya secara public dan ayahnya membalas secara public. Anak-anak bukan buffer dan alasan taknak bercerai. Kalau masing-masing tak profesional, memanglah anak-anak pun stress. Just nak tanya, anak-anak happy ke baca mak dia maki ayah dia dalam media sosial? Maki atok dia dalam media sosial? Kawan-kawan anak dia pun boleh baca mak dia maki ayah dia.

Anak-anak dia akan kena nganjing dengan kawan-kawan,
“Bapak kau daiyus!”
“Bapak kau lebai!”
“Bapak kau kaki pukul!”
“Bapak kau takut bini!”
“Mak kau gila!”
“Mak kau magneto!”
“Mak kau saiko!”
“Mak kau isteri derhaka!”
“Mak kau nusyuz!”

Jadi, nasihat aku kepada si isteri,
“Kalau sembang steady, income steady, ada career yang bagus, ada business yang bagus, empowered, independent, tak harap duit laki, boleh survive tanpa laki, sangat profesional dan intektual, then proceed jela cerai tu, minta fasakh. Kan laki kau kaki pukul! Kaki pukul kan daiyus!”

“Tapi, kalau itu semua sembang vavi boleh terbang, tapi hakikatnya masih mengharapkan duit laki kau setiap bulan, sebab laki kau lagi steady gaji besar, bisnes kau pun sebenarnya suam-suam kuku, kau stay jela dengan laki kau, si lebai daiyus kaki pukul tu.”

Manakala nasihat aku buat si lebai daiyus pula,
“Apa guna kau berusrah, berqiyam, bermuasykar, berliqa’ dan bertanzim sampai bergelar lebai kalau jadi kaki pukul, itu daiyus namanya syaikh. Kan kau ahli PAW! Kalau kau tak pukul, maka membenarkan bini kau yang keji kau mengaibkan kau dan bapak kau adalah super daiyus kerana tindakan bini kau itu jika benar dah boleh jadi hukum wajib cerai.”

“Atau mungkin memang kau seorang loser yang makan duit bini since bini kau sembang dia steady. Kau yang tak mampu nak bela anak-anak kau? Kau tak awesome dan tak laku dah? Atau kau memang pondan tak takut bini? Sebab kau memang kaki pukul, bini kau ugut nak report polis? Atau kalau bercerai, bini kau nak pow kau sebulan separuh gaji kau dan kau dah sign agreement tersebut?”

Nasihat buat kedua-dua suami isteri yang diseksa. Jangan takut bercerai. Kalau takut bercerai, masih sayang, duduk diam-diam dalam rumah, simpan segala aib korang di dalam rumah sendiri. Kalau takda rasa malu, malulah kepada anak-anak, kawan anak-anak. Kalau memang spisis helmet magneto tak telus malu, malulah pada masa depan.

Aku pernah tulis pasal jangan takut bercerai, aku rasa masih relevan dan boleh diambil manfaat. Rujuk link di bawah.
https://www.facebook.com/100037715657121/posts/385479136052605/?d=n

Ingat, jangan maki hamun suami dan bapa mentua di media sosial. Itu nusyuz dan bingai. Jangan juga pukul bini dan anak-anak sampai berbirat. Itu daiyus.

Terus hidup dengan laki lebai kaki pukul anak lebai panas baran adalah kebodohan, bukti kau sampah tak boleh berdikari dan mengharap duit gaji laki kau untuk hidup.

Terus menerus membiarkan bini neraka kau memaki hamun kau dalam media sosial pula bukti kau hanyalah lebai bingai yang bukan saja daiyus, tapi loser, lemah dan takda maruah.

Sekian, komentar aku tentang masalah ini. Sila dapatkan buku ini oleh sang bertanya dan hadiahkan kepada jiran dan kawan kau laki bini yang bengong tu!

😉

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.