Baru-baru ini gempar LHDN berjaya mendapatkan kuasa terbaru iaitu mereka boleh mengakses akaun bank kita tanpa perlu meminta keizinan kita dan juga tanpa perlu memberitahu kita. Ramai gila orang tag aku, mesej aku, even kawan-kawan pun text aku. Aku tak terkejut sangat pun since aku memang tau selagi LHDN ini tiada penasihat syariah dan tiada badan bebas yang jaga, kebejatan demi kebejatan akan terus dilahirkan mereka.
Satu demi satu undang-undang kejam dan zalim dilahirkan untuk LHDN memijak dan melanyak rakyat marhaen. Dulu, bayar dulu bincang kemudian. Undang-undang ini bukan sahaja melanggar hak asasi manusia bahkan melanggar ajaran Islam. Munkar dan Nakir pun dengar jawapan dulu sebelum nak sebat. Depa, sebat dulu baru sembang. Kemudian, penalti yang kejam setinggi 45%-300% yang kalah ahlong. Lagi, riba al-duyun yang berlaku jika lewat bayar. Semua ini bertentangan dengan syarak. Jadi apa nak pelik undang-undang baru yang melanggar moral dan ajaran Islam?
Undang-undang baru ini ibarat LHDN telah dibenarkan akta memasuki rumah kita tanpa perlu meminta keizinan kita dan juga tanpa memberitahu kita. Dia datang, dia masuk senyap-senyap dia tengok apa ada, dia selongkar apa dia nak selongkar. Dia boleh langgar privasi kita walaupun ada PDPA sebelum ini. Buat mereka yang mencadangkan idea undang-undang ini, aku doakan korang mati dalam keadaan yang dahsyat juga!
Aku taktaulah apa mp-mp dalam parlimen ini buat. Adakah ia ditentang dengan hebat oleh mereka yang cakna isu rakyat yang ditindas LHDN. Syed Saddiq pun macam senyap je, Mazlee Malik pun macam takda komen pun, lebai PAS? Gang DAP? Ke masa dibentang dan dibahas, ramai yang takda? Ke diorang sokong? Entahlah, aku tak tengok siaran langsung parlimen dan tak baca hansard parlimen. Tapi biasanya kalau diorang fight, mesti diorang share video diorang melawan. Walaupun aku takdalah rasa ia menyusahkan aku, tetapi aku benci privacy aku boleh dibreach oleh lembaga sesuka hati.
Cuba kau bayangkan, pegawai LHDN boleh tengok apa kau beli, apa kau bayar, kepada siapa kau transfer. Orang soleh yang clean macam aku yang asal hujung bulan je duit habis, bagi mak, bagi ayah, adik beradik, tolong orang miskin, janda, ibu tunggal, pump company yang sakit untuk bayar gaji pekerja, end of month, licin. Kalau kuasa itu digunakan untuk menjustifikasikan kesusahan rakyat atau pembayar cukai, aku setuju. Tetapi aku pasti ia berniat dan bertujuan untuk mencari salah rakyat marhaen dan tax payer.
Melanggar privasi dan mencari salah rakyat ni membuatkan aku teringat kisah Khalifah Umar ibn al-Khattab Radiyallahu anhu yang sedang meronda pada malam hari.
Kisah 1 :
حَدَث عُمرُ أَنَّ أبَا محجَن الثَّقَفِي يَشرَبُ الخَمْرَ مَعَ أَصحَابٍ لَهُ فِي بَيتِهِ فَانطَلَقَ عُمَرُ حَتَّى دَخَلَ عَلَيهِ فَإِذَا لَيسَ عِنْدَهُ إِلَّا رَجُل فَقَالَ أبُو محجَن: إِنَّ هَذَا لَا يَحلُّ لَكَ قَد نَهَاكَ اللهُ عَنِ التَّجَسُّس ِفَخَرَجَ عُمَرُ وَتَرَكَه
Umar menceritakan bahawa Abu Mihjan al-Thaqafi minum arak bersama para sahabatnya di rumahnya, lantas Umar menuju ke rumah tersebut dan masuk, didapati tiada di sisinya kecuali seorang lelaki, lantas berkata Abu Mihjan:
“Sesungguhnya ini tidak halal bagi kamu dan Allah melarangmu daripada Tajassus (mengintip untuk mencari-cari salah), maka Umar keluar dan meninggalkannya.”
Umar terus insaf setelah ditegur Abu Mihjan dan berlalu pergi.
Kisah ke 2 :
حَرَسْتُ لَيلَةً مَعَ عُمَرَ بنُ الخَطَّابِ بالمَدِينَةِ إِذ تَبَيَّن لَنَا سِرَاجٌ فِي بَيتِ بَابِهِ مُجافَى عَلَى قَومٍ لهُم أَصْوَاتٌ مُرتَفِعَةٌ ولَغَط. فَقَالَ عُمَرُ: هَذَا بَيت رَبِيعَة بنُ أُمَيَّة بنُ خَلَف وَهُم الآَن شَرَب فَمَا تَرَى، قُلتُ: أَرَى أَنَّا قَدْ أَتَينَا مَا نَهَى اللهُ عَنهُ وَلَا تَجَسَّسُوا وَقَد تَجَسَّسْنَا، فَانْصَرَفَ عُمَرُ وَتَرَكَهُم“
Aku pernah satu malam bersama Umar bin al-Khattab membuat rondaan di kota Madinah kemudian kami dapati sebuah rumah adanya pelita yang dipasang dan terdapat satu pintu yang sedikit jauh daripada orang lain. Terdapat padanya beberapa orang yang suaranya kuat dan bising. Maka Umar berkata: “Ini rumah Rabiah Bin Umayyah Bin Khalaf, mereka sekarang minum arak, apa pendapatmu: “jawabku: Aku berpendapat sebenarnya kita telah datang apa yang Allah larang daripadanya iaitu jangan mengintip sedangkan kita mengintip, lantas Umar berpaling dan meninggalkan mereka.”
Dalam kedua-dua kisah tersebut telah membuktikan yang Umar walaupun sudah tahu yang mereka itu memang ahli maksiat, tetapi apabila ia diingatkan kembali tentang larangan tuhan tentang tajassus (mengintip dan mencari-cari salah sehingga break privacy) itu haram, Umar tidak mengambil tindakan. Walhal Umar dikenali sebagai orang yang banyak berijtihad dalam hal siyasah. Tetapi untuk hal tajassus, Umar tidak melakukannya walaupun Umar pasti boleh memberi justifikasi yang baik.
Mungkin kerana larangan Allah dalam Quran itu sangat jelas,
وَ لَا تَجَسَّسُواْ وَلَا يَغۡتَب بَّعۡضُكُم بَعۡضًا
Dan janganlah kalian melakukan tajassus serta janganlah kalian saling mengumpat antara satu sama lain.
(Surah Al-Hujurat : 12)
Aku tidak faham kenapa sampai diperlukan akta ini sedangkan selama ini pun pihak LHDN boleh minta dengan baik. Bukankah CEO baru ini mahu pegawai LHDN menggunakan kaedah diplomasi dan tidak menjadi lembaga. Kalau dah boleh masuk tengok akaun orang diam-diam macam ni. Bukan sekadar lembaga, dah level jadi toyol pula.
Sedangkan zakat yang menjadi rukun Islam ke-3 umat Islam pun tidak dikejar sehingga memecahkan privasi rakyat. Takkanlah cukai yang hukum asalnya adalah haram boleh ditambah dengan satu lagi perbuatan yang asal hukumnya juga haram iaitu tajassus. Gila! Itu sebab aku dah sebut banyak kali yang LHDN wajib ada penasihat syariah! Takkanlah orang Islam dalam LHDN nak berhujah yang undang-undang allow kami buat camni walaupun moral dan agama menentang. Tak puas hati tanya kerajaan. Macam hujah kawan aku masa muda ketika kerja di 7E, katanya rokok dan arak dibenarkan kerajaan Malaysia, aku menjalankan amanah aku bekerja. Ini salah kerajaan sebab allow rokok dan arak dijual di Malaysia. Come on!
Sebenarnya, pada pandangan aku, apa-apa undang-undang yang ditulis adalah baik jika tidak disalahgunakan dan digunakan pakai untuk menindas rakyat marhaen demi kepentingan diri. Ya, undang-undang itu ada untuk digunakan, tetapi penguatkuasa juga boleh pilih samada untuk menggunakannya atau tidak. Ibarat polis trafik hanya memberi amaran kepada kita setelah mendengar justifikasi kita walaupun kita telah salah melanggar lampu merah. Dia memilih untuk tidak menyaman kita. Adakah ia menjadikan pegawai itu tidak baik. Tidak! Pegawai itu telah menterjemahkan maksud sebenar undang-undang dilahirkan iaitu memberi kesejahteraan kepada manusia sejagat. Undang-undang wujud bukan untuk menindas, mengancam dan membuli rakyat, tetapi ia digunakan untuk menjaga kemaslahatan rakyat.
Sempena pagi Jumaat ini, aku nak kongsikan tentang prinsip ajaran Islam dalam privacy space. Islam adalah agama yang menekankan dan meraikan hak ruang privacy dan melarang sesiapa sahaja breach ruang privacy orang lain tanpa consent, hatta pemerintah atau kerajaan. Isteri haram buka handphone suami , boss haram buka handphone staff. Parents tak boleh buka surat anak. Semuanya memerlukan consent. Melainkan ada maslahah yang ingin dicapai, itu pun kena minta consent dari qadi/hakim, itu sebab kena ada warrant.
Kerana agama yang suci ini tahu yang apabila kuasa diberikan kepada manusia secara semborono, akan ada yang tidak amanah yang akan menyalahgunakan kuasa mereka. Daripada privacy space inilah wujudnya dosa peribadi, dosa umum dan dosa terbuka. Atas sebab itu Islam melarang mencari-cari salah orang. LHDN nak ke rakyat marhaen pula mencari-cari salah pegawai LHDN? Gang @LHDN cari siapa hari ini? ready je tu! Siapa pula yang boleh mengakses akaun-akaun pegawai LHDN? Boleh jadi mereka ini yang lari cukai banyak atau jadi tempat cuci duit pula nanti? Aku baru suruh beberapa orang LHDN yang berniaga untuk tunjuk declaration form dia pun, terus tutup akaun Facebook. Korang nak percaya orang LHDN? Kalau steady tunjuklah, awat takut? Kan?
Selain dari ruang privacy, Islam juga melarang umatnya membuka aib sendiri. Sebagai contoh, isteri maki suami di laman media sosial, suami pula fitnah isteri sesat. Laki bini bergaduh dalam Facebook. Ada orang kata itu fetish sebelum mengawan. Ya, fetish nak mengawan juga haram dibuat secara terbuka. Bukan sebab menggairahkan masyarakat, tetapi membuatkan manusia lain hilang selera makan dan muntah hijau!