Semalam lepas aku tunjuk sikit pasal idea “Towards Crypto Nation” tu, cuit sikit pasal crypto, ramai pula orang mesej dan comment ajak collab.
Haha!
Camnilah..
Bukan taknak layan, tapi aku malas nak layan. Aku tau ramai yang baru kenal industri ini. Ramai yang jadi idealistik, tapi aku tidak lagi. Nak cerita perjuangan aku untuk teknologi ini, untuk industri ini memang panjang cerita. Mana agensi dan jabatan kerajaan panggil kami tak pergi bagi edukasi dan penerangan.
Untuk pengetahuan korang, dulu aku siap buat company nama Blockchain Specialist Sdn Bhd yang memang fokus untuk develope segala mala sistem dan instrument yang berkaitan dengan teknologi tersebut. Bergaduh dengan bank sebab tak bagi buka bank account sebab nama Blockchain sahaja.
Daripada buat custom coin baru, buat token smart contract, buat wallet, buat exchange, integration, smart contract, buat pool, mining, semua kami dah pernah layan. Siap buka company di Indonesia, Australia dan satu offshore di eropah.
Masa tu developer sampai 50 orang lebih fokus buat project ICO daripada client yang 90% daripada oversea. Kebanyakannya lengkap dengan segala environment yang diperlukan seperti wallet, exchange dan explorer. Ramai juga developer blah lepas pandai. Ada coin yang kami develope meletup sekarang.
Idea-idea dalam industri ini masih ada dan ada product yang kami dah siap buat, tapi takda orang jalankan. Ada projek kami buat dengan Uzar, ada juga dengan Dr. Daud Bakar pun terhenti sebab SC takeover pasal crypto ni dah buat kecoh. BNM pun bising. Dalam masa yang sama, kami pun busy ada projek lain.
Tapi, pada aku 2 projek dengan 2 tokoh kewangan Islam tu aku kira ada huge potential dan masa depan yang since sekarang ni dah ramai orang faham, SC pun dah keluarkan banyak guideline. Orang besar-besar pun dah makin ramai faham. Aku rasa bolehlah nak on balik kalau ada sesiapa yang berminat nak invest jalankan. Kawan-kawan dalam SC pun ramai dah faham dan pandai.
Minat mesti datang dengan dana. Jangan datang sembang kosong. Setiap kerja yang telah dibuat dan akan dibuat ada kos. So, jangan expect nak sembang kosong dengan aku or minta free. Kalau nak sembang serius bab business dalam dunia ni, boleh pm tepi, idea ini bukan bishe-bishe tau!
Yang baru nak involve dalam industri ini, rilex!
Hold dulu niat korang, baca dulu buku ini!
https://ifmal.com/…/50-dalil-kenapa-anda-wajib…/…
Taknak beli?
Takpa, korang terus ke www.coin.my baca sampai pandai.
Ingat apa aku pesan daripada dulu,
“Today’s knowledge, tomorrow’s wealth!”