Apalah susah sangat nak receipt bagai bagi duit dekat mak ayah sendiri. Baguslah orang bagi. Kalau tak bagi kerajaan nak tampung ke?
Apa susah sangat kau tengok je bank statement dia, dia transfer dekat account mak ayah dia. Kalau kau memang nak ngap dia, memang kau akan cari jalan nak nafikan.
Kalau dia transfer ke bini muda ke, gopren ke, main judi online ke, bolehlah kau nak cakap lebih. Kalau dia transfer ke mak ayah dia, tolong adik beradik dia. Takkan tak boleh consider?
Mana timbang rasa? Akal budi? Budi bicara? Budi bahasa? Toleransi? Simpati? Empati? Sifat Manusiawi? Insani?
Itu sebab kena ada jiwa insani, panduan Islami. Nabi SAW sebut suruh permudahkan, jangan menyusahkan, sampaikan berita gembira, bukan nestapa.
Pegawai cukai perlu hafal hadis ini,
يَسِّرُوا وَلَا تُعَسِّرُوا وَبَشِّرُوا وَلَا تُنَفِّرُو
Itu sebab kena ada panel penasihat syariah. Nak ambil hak orang ni bukan mudah.
Firman Allah SWT:
وَلَا تَأْكُلُوا أَمْوَالَكُمْ بَيْنَكُمْ بِالْبَاطِلِ وَتُدْلُوا بِهَا إِلَى الْحُكَّامِ لِتَأْكُلُوا فَرِيقًا مِنْ أَمْوَالِ النَّاسِ بِالْإِثْمِ وَأَنْتُمْ تَعْلَمُونَ
Maksudnya: “Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya).”
(Surah al-Baqarah : 188)
Tak faham aku puak-puak lapar ni.
;(