LHDN YANG TAKDA EMPATHY TAKKAN TERIMA KAU TOLONG MAK DAN AYAH KAU!

L

Hari ini aku marah!

Kawan nak pinjam duit dekat aku. Dia senior exec di syarikat MNC. Gaji rasanya RM15k. Tolak-tolak tinggallah dalam RM10k lebih kurang.

Aku tanya dia, apa masalah kau? Dia kata LHDN hantar surat suruh tambah bayar cukai lagi. Dia pun tunjukkan pembentangan income dia setiap bulan.

Gaji bersih RM10,000
1. Rumah sebulan RM3,000
2. Bagi mak RM1,500
3. Bagi ayah RM500
4. Bayar kereta 2 biji RM2,500

“Aku ada balance RM2,500 je setiap bulan dengan wife tak kerja, anak 4 orang masih sekolah, sorang OKU. Mak aku bedridden bro.”

“Kau tau tak apa mamat LHDN tu cakap kat aku?”

“Dia cakap aku tak pandai manage income aku.”

“Dia cakap aku bagi kat parents aku banyak sangat..”

“Aku memang tekan maksimum dalam tax form tu sebab setiap bulan aku kena spend untuk mak aku yang dah tak sihat tu.”

“Kalau kau nak buat demonstrasi lawan LHDN panggil aku. Aku nak usung mak ayah aku dengan anak OKU aku sekali.”

“Aku dah terfikir nak kena bawa grab dah bro. Dekat IFMAL takda part time ke? Kalau tak pun, kau ajarlah aku trade saham..”

—-

Begitulah kisah hidup orang M40 yang sebenarnya hidup dalam keadaan B40. Ini realiti. Aku tau ia bukan berlaku dekat dia seorang sahaja. Aku punya pengalaman lagi dahsyat.

Pegawai LHDN suruh aku tutup company bila aku argue dengan dia ada banyak staff bawah syarikat aku. Aku personal level dah setel. Business ni untuk staff-staff aku. Kalau aku tutup, diorang nak kerja mana pula time-time covid ni. P*k*m*k tu jawab,

“Tutup je company encik kalau rasa susah nak berniaga dekat Malaysia sekarang.”

Dispute kes syarikat aku itu sebenarnya adalah kesalahan dia. Dia dah admit. Tapi sebab KPI, dia paksa juga aku bayar dengan ugutan-ugutan dan ancaman-ancaman untuk menyusahkan hidup aku.

Nanti sampai masa aku akan present secara public. Aku akan sebut nama sorang-sorang dan cawangan mana. Aku juga akan tunjuk rumah dia dan aset-aset dia ada.

Mereka dah rancang lama, kita je lalai..

😜

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.