TIADA SEBARANG KEBAIKAN MEMINUM ARAK!

T

Arak adalah minuman beralkohol yang mengandungi etanol, iaitu sebatian yang tergolong dalam kumpulan dadah yang boleh menindas fungsi sistem saraf pusat.

Ianya boleh melambatkan tindakbalas fizikal dan mental peminumnya. Selain itu, etanol juga adalah dadah yang boleh mendatangkan kebergantungan atau ketagihan jika diambil setiap hari.

Sebaik sahaja arak diminum, alkohol akan diserap ke dalam aliran darah melalui permukaan perut dan usus. Sebahagian kecil akan terus pergi ke otak dan paru-paru, dan dikumuhkan melalui pernafasan.

Manakala sebahagian besar alkohol akan dimetabolismakan oleh hati dan dikumuhkan oleh ginjal melalui air kencing. Kesan alkohol kepada peminumnya bergantung kepada jumlah alkohol yang berada dalam peredaran darah seseorang itu.

Peminum yang mengambil minuman beralkohol dalam jumlah yang banyak akan mabuk. Apabila mabuk, seseorang itu akan hilang koordinasi gerak tubuh dan juga gangguan kepada pertimbangan dan kewarasan fikiran.

Mereka boleh terjatuh, mengalami kemalangan, bergaduh, tercedera dan memory blackout yang mana merupakan komplikasi atau kesan kemudaratan jangka pendek berkaitan pengambilan minuman beralkohol.

Kesan lain akibat mabuk adalah apa yang dikenal sebagai hangover. Tanda-tanda hangover alkohol termasuklah sakit kepala, loya, muntah, cirit birit, gangguan pergerakan usus dan menggeletar selama beberapa jam, bergantung kepada jumlah alkohol di dalam darah pada ketika itu.

Tanda hangover akan hilang apabila semua alkohol dalam peredaran darah telah dikumuhkan dari badan. Kemudaratan alkohol kepada sistem saraf dan otak (neuropsychiatry) merupakan kesan jangka panjang alkohol yang paling kerap dilaporkan di kalangan orang dewasa.

Antara kesan alkohol kepada kesihatan mental adalah :
1. Kecelaruan tingkahlaku dan fikiran.
2. Keresahan dan kebingungan.
3. Kekeliruan.
4. Kebergantungan kepada alkohol.
5. Hilang ingatan sementara atau kekal.
6. Kemurungan.
7. Kecenderungan untuk membunuh diri.
8. Psikosis.

Selain itu, pengambilan minuman beralkohol yang berterusan terutamanya jika diambil dalam jumlah yang banyak, boleh memberikan kesan toksik kepada organ badan.

Kesan toksik alkohol kepada otak boleh menyebabkan gangguan mental seperti kemurungan dan psikosis. Selain itu, alkohol boleh menyebabkan sirosis hati dan kegagalan fungsi hati, kegagalan jantung, gastritis, ulser, radang pankreas dan kanser saluran oro-farink (mulut dan tekak).

Semua ini merupakan antara komplikasi atau kesan jangka panjang kemudaratan kesihatan alkohol. Kematian pra-matang boleh berlaku akibat kegagalan fungsi organ badan ini.

Kajian saintifik juga telah menunjukkan kaitan antara pengambilan minuman beralkohol dikalangan wanita yang mengandung dengan kecacatan dan keabnormalan janin yang dikandung, contohnya Fetal Alcohol Syndrome.

Kematian mengejut juga boleh sekiranya alkohol diambil dalam jumlah yang terlalu banyak dalam satu-satu masa, sehingga paras alkohol darah terlalu tinggi yang boleh menyebabkan keracunan atau ganggu sistem pernafasan.

Mereka yang mengambil minuman beralkohol perlu tahu risiko yang mereka hadapi akibat dari corak pengambilan alkohol mereka. Oleh itu, mereka perlu berjumpa dengan anggota kesihatan untuk menilai tahap risiko mereka.

Mereka yang minum dalam kuantiti yang banyak menyebabkan mereka berisiko tinggi untuk mendapat kemudaratan alkohol, perlu mengubah tabiat minum mereka. Intervensi dan rawatan awal boleh mencegah dan mengurangkan kemudaratan alkohol.

Aku tidak nampak kebaikan arak. Lebih 3 juta kematian berpunca daripada penggunaan alkohol pada tahun 2016 menurut laporan yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Angka ini bersamaan 1 daripada 20 kematian dan lebih 3/4 daripada jumlah tersebut ialah lelaki.

Untuk apa kau minum arak kalau kau taknak mabuk?

😜

(Kredit Google, KKM & WHO)

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.