Ramai orang tanya bila dan bagaimana aku mengenali Dr. Daud Bakar. Hari ini aku nak cerita. Ini kira ekslusif juga tau.
Suatu hari kawan aku tunjuk kepada aku video Dr. Daud cuba explain tentang bitcoin dan blockchain technology. Aku rasa impress kerana ada agamawan yang cuba nak faham dan memberi komen positif.
Walaupun ada sedikit kesalahan dan salah faham. Tapi aku gembira. Masa itu, hampir kesemua ulama’ tidak faham dan menfatwakan bitcoin haram. Maka, aku melalui sahabat aku menghubungi beliau terus.
Aku dijemput ke pejabatnya yang terletak di Menara Binjai. Di situ kami berkenalan dan terus kami bermuzakarah tentang dunia kripto dan blockchain. Aku ajar dia dari mula sampai habis.
Aku ajar dia buka wallet dan transfer bitcoin. Kasi dia nampak dan faham. Aku tunjuk explorer dan juga exchange. Selepas pertemuan itu, banyaklah pertemuan lain. Dr. Daud jadi makin fasih dengan teknologi ini.
Aku dihadiahkan buku ini, Shariah Minds. Habis baca buku ini. Aku fahamlah manhaj fiqh Dr. Daud bagaimana. Terutama dalam hal muamalat. Ramai kata dia liberal, yang gang hadis kata dia macam Ibnu Hibban yang tasahul.
Aku pula rasa dia ni kritis bab muamalat. Dia fikir bukan sahaja secara konteks tetapi luar konteks tanpa meninggalkan teks. Sebagai contoh, Dr. Daud tegas dalam hal bank kena jadi bank, bank tak perlu menjadi kedai jual barang.
Cumanya, bank kena jadi bank yang baik dengan mengikut panduan syariah. Jadi kita kena perbaiki urusan bank, bukan menukar peranan dan tugas asal bank. Banyak lagilah aku boleh cerita tapi malaslah nak sembang sini. Nantilah kan..
Korang boleh baca pandangan-pandangan Dr. Daud di coin.my (www.coin.my) di link berikut.
https://coin.my/author/dr-daud-bakar/
Jangan main-main tau. Coin.my punya penulis bukan bishe-bishe, bukan kaleng-kaleng..