LAGI PEMIKIRAN YANG PERLU DIJAUHI!

L

Kenapa tidak disuruh LHDN yang berjimat cermat supaya boleh disumbang kepada negara dengan penjimatan dan budaya zuhud, bukan dengan menindas dan mengharrass rakyat marhaen.

Kenapa LHDN membina bangunan dan tower tinggi? Kenapa bilik pengarah timbalan pengarah cawangan sebesar 1 court badminton? Belum diukur bilik pengarah cawangan dan HQ. Bilik CEO/KP jangan ceritalah. Kan?

Sebagai contoh, dulu LHDN Wangsa Maju hanya menyewa rumah kedai, sekarang sudah ada tower. Kenapa tidak kekal dengan menyewa rumah kedai sahaja? Bank-bank yang jauh lagi aktif pun hanya menyewa lot-lot kedai. Tak perlu sampai bikin tower. Sehari berapa orang datang ke LHDN?

Kenapa diajak media makan di hotel 5 bintang? Kenapa tidak kedai mamak? Kenapa membazir dan nak bermewahan. Kan negara sedang susah, pasca covid. Rakyat kebuluran, mereka bermewahan.

Kenapa rakyat yang kena sacrifice sedangkan para penguasa bermewahan dengan hasil memeras rakyat. Usaha rakyat marhaen, dia nak spend apa, dia punya sukalah.

Aku ulang sekali lagi, setiap orang ada keperluan dan ada masalah sendiri. Kita tak melalui masalah orang lain. Sebagai contoh, hanya orang yang ada anak OKU saja faham bagaimana payah menjaga anak OKU walau seorang.

Siapa setuju dengan makcik ini?

;(

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.