HARI TAHNIAH BUAT MAK AKU!

H

Hari ini hari kelahiran aku. Semalam bukan. Semalam kawan-kawan bawa aku makan kerana dia tau, hari ini aku akan pergi jumpa mak aku. So, segala mala surprise memang takkan berlaku. Tahun lepas PKP, so aku tak jumpa mak aku.

Setiap kali hari kelahiran aku, aku akan berpuasa sebagaimana sunnah Nabi SAW berpuasa kerana hari kelahirannya. Mengadap mak aku untuk mengucapkan terima kasih kerana melahirkan aku. Aku percaya doa mak aku sentiasa menyelamatkan aku. Selagi mak aku hidup dan doakan, aku tahu aku takkan kalah di atas bumi ini.

Hidup aku tak pernah senang dari aku kecil. Sentiasa sahaja ada masalah yang akan menyusahkan hidup aku. Tetapi akhirnya aku tetap berjaya melepasi segala rintangan tersebut. Allah akan menghadiahkan sesuatu yang luar daripada perancangan aku.

Aku pernah coret tentang hal ini. Tolong doakan mak aku umur panjang dan sentiasa sihat untuk mendoakan aku. Kalau mak aku takda, manalah aku nak dapat kekuatan untuk melawan segala kebejatan dunia ini.

Rujuk tulisan lama aku :
https://www.facebook.com/100037715657121/posts/170245334242654/?d=n

😉

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.