CARA-CARA SCRUT NGO!

C

Dulu aku dah pernah tulis, kali ni aku re-produce balik dengan sedikit penambahbaikan. Aku minta maaf, aku tak boleh nak layan setiap request korang. Kadang-kadang ada maksud yang tak sampai. So, posting seterusnya aku cuba baiki. Korang kena pegang, yang aku tulis random, ia rendom. Jangan spesifikkan.

Aku bukan macam sesetengah orang yang tak bekerja. Yang makan duit gaji bini. Bini kerja gomen lagilah steady. So, banyaklah masa jadi cybertrooper. Bina page dan hari-hari buat content. Aku ada kerja dan ada perniagaan yang kena diuruskan. Gopren pun ramai. Masa aku menconteng ada ketika atas jamban dan dalam kereta sahaja.

Ada spisis tak berguna tu, nak tunjuk diorang ni berguna sikit, buatlah NGO, kononnya baik. Tapi kutip derma orang awam. Tolong asnaf, walhal dia akikahkan duit NGO yang dia tunggang tu dengan macam-macam program derma dan infaq. Bela itiklah, tapi semuanya gagal. Mana duit tu pergi? Entah.

Bila kita minta audit report, management account, bank statement, epf statement, terus tutup page NGO dia. NGO pun jenis takda web. Sembang kencang je puak ni.

Di barat juga, masyarakat dah ramai berbunyi pasal integriti NGO-NGO, even yang bertaraf antarabangsa yang membayar gaji kepada pegawai pengurusan dengan amaun yang sangat tinggi. Macam gaji VP MNC.

Jadi, berhati-hatilah menderma kepada NGO! Pastikan anda SCRUT dulu NGO tu. Bagaimana caranya.

1. SCRUT founder-co-founder NGO
SCRUT founder-co-founder NGO itu ada kerja tetap atau tidak? Dah settle down ke? Maksudnya dah cashout business or dah pencen dengan jayanya? Atau dia ada business entity yang dah well established? Kalau founder-co-founder yang tak bekerja, penganggur, fulltime NGO, maka memang something wrong. Kalau dia business pun sendu, tapi hidup mewah lepas ada NGO, pun something wrong.

Aku bawa contoh hidup, Syed Azmi. Masa zaman dia masih bekerja sebagai farmasis, tak terdengar masalah integriti. Lepas dia full time dengan NGO, dia bergantung dengan income daripada NGO. Pendirian dia sudah tidak firm. Dulu kata lain, sekarang kata lain dan buat pun lain. Ambil contoh kes adik Bella, dia melalut merapu-rapu dan tidak mahu langsung mempertahankan adik Bella sampai kata dia tak pernah jumpa adik Bella. Mungkin kerana income dia daripada Rumah Bonda dan NGO yang berkaitan.

Benda ni logik. Kalau income dari NGO lagi kecil daripada NGO, takdanya dia nak resign kerja tetap dan buat full time NGO.

2. Minta audit report NGO atau laporan kewangan NGO tersebut yang terkini dan sebelum-sebelum ini.
Audit dan laporan kewangan adalah tersangat penting. Mana-mana NGO yang tidak audit atau tidak menghantar laporan kewangan wajib kita waspada. Kerana audit ini first layer untuk kita melihat integrity sesebuah NGO.

Pada aku, kalau dah collect lebih RM100,000 dana awam, duit derma. Lantiklah external auditor, buat audit. Then publish. Barulah steady!

3. Minta management account (MA) NGO tersebut.
Ini susulan daripada audit report atau laporan kewangan untuk melihat pedetilan apa yang dibelanjakan.

4. Minta bank statement NGO tersebut.
Dah tengok MA, mestilah kita nak tengok bank statement dia, tally ke tak.

5. Minta EPF (KWSP) statement NGO tersebut.
Kalau kata ada ambil gaji. Kata gaji sikit. Buktikan. Macam mana? Tunjukkan EPF statement NGO kau yang dah berdaftar tu.

So, aku ulang balik ya.

Audit report untuk mengesahkan kau memang audit, untung rugi dan sales kau.

Management account (MA) untuk sahkan expenses kau secara terperinci.

Bank statement pula untuk mengesahkan duit keluar masuk tally dengan audit dan MA.

Caruman KWSP untuk mengesahkan gaji-gaji kau dan para pekerja NGO kau sebenarnya berapa.

Resit-resit expenses NGO kau tu, share dan publish. Tunjuklah, kau beli dekat mana, berapa harga, kedai siapa. Biar transparent. Telus, tulus dan mulus.

So, aku sangat berharap mana-mana NGO yang claim diorang steady, publish dan share saja kesemua dokumen-dokumen yang boleh menunjukkan integriti founder dan NGO tersebut.

Ada NGO yang berani tunjuk? Kalau dia tak makan, or tak makan lebih, kenapa takut nak tunjuk? Duit pun bukan duit kau, duit orang awam, kenapa takut nak publickan kutipan dan segala expenses?

Kalau dia terkial-kial, pusing-pusing dan defensif tak pasal-pasal. Kau kena turn on red alert lah. Mesti ada something wrong. Kalau takda masalah, apsal goyang?

Kan?

Ingat, dalam pengambilan dana awam ni, transparency is your integrity, integrity is your dignity!

Tapi, kalau korang redha, tak masalah. Aku sekadar lakukan kritikan sosial. Tapi di India 99% NGO adalah fraud. Di Malaysia pula bagaimana?

😉

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.