DAJJAL JUGA DATANG TOLONG ORANG..

D

Diriwayatkan dalam beberapa hadis yang sahih, apabila Dajjal datang, dia akan tolong menyuburkan tanah yang gersang, menurunkan hujan. Menyembuhkan orang sakit kronik dan menghidupkan orang tersayang kita kembali daripada kematian.

Nanti juga, ada seseorang yang akan bagitau kepada kita, itu semua tipu daya untuk memerangkap kita supaya mensyirikkan Allah. Mungkin masa itu akan ada juga orang cakap.

“Kalau kau tak boleh tolong macam Dajjal tu, diam jela. Takyah nak bising macam-macam. Dajjal tu tolong suburkan tanah orang miskin, kayakan orang miskin. Kau ada?”

Adakah kita akan beriman dengan drama Dajjal? Diceritakan Dajjal siap boleh bagi hukuman dengan mencipta neraka dan syurga. Kalau drama air mata sayu dengan kutip duit orang pun ramai insan yang tumbang, taktaulah kalau berhadapan dengan Dajjal nanti.

Lagi 1, apabila aku menulis secara random dan open, tidak menyebut mana-mana nama. Ia adalah kritikan sosial yang random, terbuka dan tidak spesifik. Let it be random and open. Jangan letakkan orang dalam kritikan itu.

Kalau aku nak kritik spesifik. Aku akan letak nama. Aku tak takut untuk hadap fakta dan data yang aku keluarkan. Aku pun tak lari bila disaman atau dikritik. Aku hadap. So, tak perlu terasa dan tag orang lain.

Aku tau, bila aku cuit balik NGO ni. Akan ada orang yang rasa aku kritik secara spesifik. Tidak. Aku krtitik random. Kawan-kawan aku pun ramai ada NGO. Pada aku, kalau diorang steady, tak buat apa yang aku kritik, apa masalah. Diorang sepatutnya sokong aku.

Yang panas hati ni biasanya dah taasub, dah beriman dan dah sanggup mati bersama dengan mereka yang ada buat benda-benda yang aku cakap tu. Macam nilah, ada pepatah orang tua-tua Ulu Sik kata,

“Kalau hang tak makan cabai, awat hang pula nak rasa hangat? Ke hang memang makan cabai tu?!”

Rilex..
Tapi sampai tanya aku tak tolong orang. Aku rasa parah dah ni..

Kan?

😜

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.