Tadi, ada orang komplen pasal ada abam janggut macam marah-marah.
Ada seorang je abam janggut dekat IFMAL Melawati, nilah dia Abam Koala kita.
Siapa yang kenal Abam Koala ni, dia orang baik, orang soleh. Tapi dia tetap manusia. Ada masa dia buat salah.
Kata Rasulullah S.A.W bersabda:
كُلُّ بَنِي آدَمَ خَطَّاءٌ وَخَيْرُ الْخَطَّائِينَ التَّوَّابُونَ
Kesemua anak Adam itu melakukan kesilapan, dan sebaik-baik orang yang melakukan kesilapan itu adalah mereka yang bertaubat.
Riwayat Ibn Majah (4392)
Aku nasihatkan dia simple je, dah buat salah atau terbuat salah, minta maaf.
Kita tak jadi hina dengan memohon maaf, bahkan kita menjadi lebih mulia.
Buat mereka yang terasa dengan tindakan Abam Koala, maafkanlah dia.
Semoga kebaikan dan rahmah ke atas kedua-dua belah pihak.
Sebagai majikan, aku memohon maaf ke atas keterlanjuran dan kelemahan yang dibuat oleh mereka yang di bawah pengurusan aku.
https://www.facebook.com/ifmalmelawati/videos/2458164140984765