Kalau orang tanya, apa daging paling sedap di dunia? Pastilah ramai yang sebut daging Wagyu kan?
Dan ramai yang tahu daging Wagyu ada gred-grednya, A1 sampai A5, kalau mengikut BMS (beef marbling score) pula dari 1 ke 12.
Gred tertinggi adalah A5 dengan BMS 8-12. Jadi yang hotel-hotel 5 star jual tu yang A5 lah. Yang biasanya dijual RM400* sekeping untuk 150gm dan RM600* untuk atas 200gm.
Mahal kan? Kenapa mahal? Sebab kau kena bayar kos hotel tu. Meja dia, atmosphere dia, environment dia, pinggan dia, pisau dia, decoration dia, style dia.
Sebenarnya Wagyu A5 ni tidaklah mahal mana kalau rasa teringin nak makan. Sahabat aku dari Jepun ni ialah supplier besar kepada hotel-hotel 5 star di KL baru-baru ni dia cakap dengan aku camni.
“Bro, aku nak merakyatkan daging Wagyu A5 aku lah. Aku nak jual retail frozen, ok ke? Ambil margin kecil je.”
Aku cakap,
“Boleh. Tapi we have to maintain the class and standard of Wagyu beef. Wagyu kau bawa masuk A5 kan?
Dia mengangguk kata ya.
So, aku suruh dia letak dekat IFMAL Melawati. Kenapa aku suruh dia letak dekat sana dulu, sebab sebelah tu ada Saka Cafe. Aku nak test drive dulu.
Selama ni aku makan Wagyu, orang belanja. Kau tau la kan, partner-partner aku ni semua anak dato, menantu dato, dia sendiri pun dato, jutawan-jutawan yang buat wagyu ni masak kicap je. So, bila aku teringin makan Wagyu, aku akan jerit dalam group..
“Laparrr!!!”
So, nanti adalah yang sudi payung aku. Maklumlah aku ni kereta Axia Kompang, no plate 4 digit bersepah, bukan single digit. Manalah mampu makan Wagyu bayar sendiri.
Tapi semalam, sebab bila aku tengok harga Wagyu yang diorang letak sangat comptetative. Dalam masa yang sama Warren Buffet Subang Jaya kasi aku duit sikit upah cuci kereta dia, aku terus panggil kawan-kawan untuk aku belanja makan Wagyu.
Duit dia bagi, malam tu juga habis. Macam Saidina Ali RA, dapat harta ghanimah terus infaq, macam tulah aku. Dapat duit dari langit terus belanja kawan-kawan makan Wagyu, dengan staff IFMAL dan SAKA Cafe sekali. Nanti depan Allah bila ditanya ke manakah duit itu dibelanjakan, aku terus jawab, belanja kawan-kawan. Setel! 1 short answer..
Sekali aku gigit, dia punya rasa. Allahuakbar! Dia punya manis dagingnya, dia punya juicy, dia punya lembut. Hanya jauhari mengenal manikam, hanya duda rindukan malam pertama. Sedap ya amat!
Cumanya, kalau nak makan Wagyu make sure jangan season apa-apa. Terus bakar. Salt & paper pun letak sikit saja. Kalau tak, rasa masin akan merosakkan kemanisan daging tersebut. dan yang PALING PENTING!
Mesti dibakar hanya RARE atau MEDIUM RARE! Hanya RARE atau MEDIUM RARE! Aku benci betul orang kaya-kaya yang buat well done atau masak kicap daging Wagyu. Rugi je. Kufur nikmat. Macam kau beli Ferrari buat kereta courier. Wagyu ni bila dah well done, rasa dia macam daging biasa je, baik kau bakar buffolo block je. Betul tak?
Jadi, malam semalam, aku beli Wagyu di IFMAL, then aku hantar dekat cafe SAKA sebelah tu untuk dibakar medium rare dan dihias sikit dengan sayur-sayur untuk mencukupkah zat dan ruji makanan.
Ada 3 size “loin” yang dijual, 150gm, 200gm dan 250gm. Yang 250gm ni, RM250 kalau tak silap, upah masak berapa je. Yela, medium rare bukan lama, so tak pakai gas banyak dan masa kitchen. Sayur-sayur berapalah sangat. Chef kat cafe ni pun ex-chef hotel juga. So, dia tau nak kasi medium rare.
So, daripada aku bayar RM600* di hotel, sekarang aku boleh dapatkan steak Wagyu as good as 5 star hotel di situ. Rasa sama, tapi harga less than RM300 sekeping. Inilah namanya merakyatkan Wagyu A5!
Korang juga boleh beli, then bakar di rumah. InsyaAllah sedap. Tapi lagi sedap bila kau payung aku makanlah. Aku ni kan marhaen, nanti-nanti aku cerita pasal lembu Wagyu pula.