AKU MEMBANTAH TTKM!

A

Salah! Salah! Salah!

Budak ni bukan katak. Definisi katak macam Lebai Maszlee. Dapat kerusi dengan Bersatu, kemudian istikharah, ikut Tun M ke Pejuang, kemudian istikharah lagi, ikut Anwar masuk PKR.

Syarat menjadi katak adalah kena ada kerusi menurut para penyokong aktiviti lompat. Mereka juga menolak ia adalah lompat. Ia dipanggil tukar kolam atau hijrah. Sebagaimana Saddiq dulu menerima ahli Umno masuk Bersatu.

Terma yang lebih Islamik adalah qaul qadim dan qaul jadid. Atau lebih indah dipanggil mengubah wadah dan aspirasi. Ia seakan reform, paradigm shift dan tajdid aspirasi. Mungkin kalau nak follow Mat Jargon, pakai fiqh tabaiyun.

Pandangan aku, untuk anak muda yang sebegini, tidak wajar dianggap melompat. Ia dipanggil celup rasa dan tinggal. Bahasa Inggeris menyebut try and error. Maka ia bukan katak. Bahasa rempit dipanggil test water.

Katak haram dimakan. Perbuatan bawa lari kerusi adalah haram. Maka ia sesuai. So, untuk perbuatan yang halal ini. Lebih sesuai dipanggil belalang. Maka orang yang excersize halal ini wajar dipanggil belalang.

Bak kata pepatah Melayu, lain padang lain belalang, lain orang lain caranya. Since ia halal, maka haiwan yang halal adalah sesuai diumpamakan. Ya, belalang halal dimakan.

Aku doakan Ainie jadi belalang tempur, bukan belalang kunyit yang boleh dibuat sate. Ainie tidak melompat, dia meloncat dan terbang. Jangan pula bertukar menjadi pelesit!

ps : kalau taknak belalang, kangaroo pun ok kan? Dengar cerita suami Ainie pegawai MB Selangor. Kan?

😜

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.