#JUSTICEforBELLA MENANG LAGI!

#

Pagi ini aku dan Kak Long aku, Mona Din dipanggil ke mahkamah untuk terus mendengar verdict daripada majistret untuk kes komital yang dibuat oleh Siti Bainun. Aku ulang balik, kami dituduh menghina mahkamah oleh pihak sana dalam berkempen untuk menegakkan keadilan terhadap adik Bella yang parah dianiaya.

Secara spesifik, aku hanya bertanya apakah pekerjaan dan business Siti Bainun sampai mampu mengambil anak angkat yang ramai. Itu saja. Bukannya aku mempertikaikan keputusan mahkamah. Jauh sekali untuk menghina mahkamah. Aku juga tidak menghina sesiapa pun.

Bila dengar aku tak perlu masuk kamar, dalam benak kepala aku, aku tau hakim akan melepaskan kami. Hakim yang sama telah memberikan beberapa kemenangan kepada #JUSTICEforBELLA sebelum ini. Sudah pasti hakim sudah dapat baca apa tujuan sebenar mereka cuba mengkomitalkan kami.

Ya, mahkamah telah melepaskan kami dengan kemenangan bergaya! Mahkamah telah mengetepikan hujah-hujah pihak sana dan bersetuju dengan pihak kita. Kak Mona yang first time masuk mahkamah dah menangis kegembiraan, aku steady je. Takda perasaan. Aku masih terbayang luka-luka adik Bella yang lebih memilukan hati aku.

Ya, kita menang!
7-0 sudah! (Kalau ikut kiraan Kak Mona 8-0)
Ulang balik 7-0!
Lagi sekali TUJUH-KOSONG!

Pandangan aku mudah, percubaan mengkomitalkan kami adalah suatu perbuatan yang membuang masa kami dan mahkamah. Ia dibuat untuk menakut-nakutkan kami barangkali atau memperlahankan rentak kami untuk mencari dan menegakkan keadilan buat adik Bella.

Adik Bella ialah kanak-kanak perempuan OKU yang sebatang kara. Dia telah dicederakan dengan sangat dahsyat semasa dalam penjagaan Siti Bainun. Siti Bainun juga sedang dituduh menganiaya adik Bella di mahkamah. Inilah harga yang kami kena bayar kerana membela anak OKU ini.

Kami ketika itu sudah tiada pilihan melainkan menggunakan kuasa public pressure kerana melihat “something wrong” dengan kes ini. Berkat sokongan kalian semua, akhirnya kes itu telah disabitkan dibawah tuduhan penganiayaan (penderaan). Adik Bella menjadi simbol keadilan di Malaysia telah dirobek dengan “selective justice”.

Kes adik Bella ini langsung tidak mendapat perhatian mana-mana ahli politik dan NGO-NGO popular yang mahu menjuarai kes ini. Itulah sebab, aku dan Kak Mona ke depan mempertaruhkan diri sendiri menongkah sungai kebejatan dan kebangsatan yang sangat-sangat deras!

Semalam, aku ke rumah kawan aku yang bela rabbit tu. Malam semalam, aku terlihat rabbit betina itu gigit rabbit jantan tu tak lepas-lepas. Selepas beberapa selang masa, aku lihat rabbit jantan sudah berada di atas rabbit betina dengan telinga yang sudah berdarah ditokak si bini.

Dalam hati aku berfikir,
“Alangkah dahsyatnya f3tish sebegini. Lepas gigit, dia boleh buat anak lagi. Apalah jadi kalau esok aku menang, mungkin rabbit-rabbit ini juga akan meraikan kemenangan aku barangkali. Apalah nasib rabbit jantan tu malam esok..”

Kesan dan perjalanan aku membela adik Bella jauh lebih dahsyat daripada mana-mana perjuangan yang aku pernah hadap sebelum ini. Kesukaran dan kebajingannya sangat menyentap jiwa aku. Tapi, aku tak mengalah. Aku takkan berundur.

Kalau adik Bella boleh survive untuk membuka pintu kisah kezaliman NGO yang selama ini disapu di bawah karpet, ini pula aku yang alhamdulillah diberikan kekuatan seorang manusia normal. Aku mesti kena lebih kuat. Kesakitan aku mungkin hanya masa dan poket, tetapi kesakitan adik Bella adalah disiram air panas mendidih hidup-hidup dan banyak lagi.

Siapa sini sanggup disiram air panas mendidih?

Mari sini! Aku nak siram kau pula!

😉

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.