KISAH KOMITAL (MENGHINA MAHKAMAH) YANG DIBUAT TERHADAP AKU DAN KAK MONA

K

1. Pihak sana bersungguh-sungguh kempen kata kami telah menghina mahkamah. Walhal kenyataan kenyataan kami adalah “fair comment” seperti yang dijelaskan dalam mahkamah untuk menolak permohonan pihak sana.

2. Pihak sana berkempen (mendakwa) kononnya kami takut, taknak terima serahan saman komital. Walhal aku dah suruh mereka tinggalkan di pejabat aku atas consent aku.

3. Serahan kepada Kak Mona pula, sampai diletak atas tong sampah, difitnah kononnya runner mereka dihalau, Kak Mona menyorok taknak keluarlah. Sampai diiklankan di surat khabar nama Kak Mona.

4. Dokumennya, masyaAllah satu kotak kertas A4 yang aku lihat isinya maaf cakap, “sampah sarap” dan aku yakin mereka akan kalah. Aku tahu, tujuan mereka buat adalah nak diamkan atau perlahankan kami. Tebal saja tak guna. Kalah juga akhirnya.

5. Apabila aku tidak perlu masuk ke kamar, hanya bacaan verdict, aku percaya aku telah menang. Peguam-peguam sana dan firma sana pun tidak datang pun. Siti Bainun pun takda. Yang hadir hanyalah wakil atau co-counsel firma utama sahaja.

6. Yang lawak dan aku kira mempermainkan kami dan mahkamah adalah, kes ini sepatutnya selesai awal bulan Febuari tempoh hari. Tetapi tiba-tiba seorang peguam daripada firma utama telah menghantar surat minta tangguh kerana close contact covid positive katanya.

7. Itulah sebab Mahmud takda. Sebab dia dah plan nak ke Mekah buat umrah minggu ini. Mahmud terpaksa minta tolong kawan dia yang aku tak kenal siapa. Thanks bro/sis yang hadir.

8. Tetapi pada hari semalam, peguam yang minta tangguh itu pun takda. Lorh, kenapa hari tu diorang tak hantar je wakil macam semalam? Apa tujuan minta tangguh kalau dia sendiri taknak datang. Boss dia lagilah, ghaib terus.

9. Kami nak juga bergambar dengan pihak sana selepas selesai pembacaan verdict. Barulah harmoni, muhibah dan profesional. Tetapi mereka tak hadir pula dan wakil mereka pun terus menonong keluar.

Apa pandangan korang? Apa tujuan diorang buat komital terhadap kami? Demi kebenaran atau saja nak buang masa kami dan mahkamah?

😜

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.