KENAPA RAMAI SIFU SAHAM BUAT KELAS KRIPTO?

K

Baru-baru ini ada orang mesej aku, katanya Sifu Chip Naguib Sahaari juga start buat kelas NFT. Lepas tu, ada orang mesej aku pasal Srikandi Saham pun buat kelas NFT, dan baru-baru ini, Rockstar Saham pula buat kelas NFT.

Haha!
Why? Kenapa? Apakah?

Trading saham dah tak boleh buat duit ke? Atau memang puak ni buat duit dengan buat kelas je? Adakah ini bukti yang buat kelas lagi masyuk daripada trading saham? Kenapa taknak teruskan buat kelas saham?

Seingat aku, dulu aku pernah open untuk debate dengan Naguib Sahaari tentang kripto kerana ketika itu dia tidak percaya dengan dunia kripto. Punyalah dia confident kritik. Tapi bila aku open untuk berdepan, dia sonyap pula.

Tiba-tiba hari ini dia mempromosi NFT yang sebenarnya tiada beza apa sangat pun dengan Harapan Coin. Siap buat kelas lagi! Alhamdulillah, mungkin dia baru dapat hidayah.

Aku juga pernah nak masuk kelas saham dia. Tapi dia delete dan tak bagi aku masuk kelas dia. Itu pun aku tak faham. Siap block aku lagi. Kalau kau level sifu, takut apa aku masuk dan tanya soalan-soalan kan?

So, aku pernah ajak dia untuk buat open discussion dan backtesting system trading dia selepas itu. Pun dia tak berani nak sahut. Inilah masalah sifu-sifu ni. Siapa yang iktiraf mereka terer kalau tak diuji kan?

Jadi, apabila orang tanya pasal Naguib buat kelas NFT ni. Aku tak boleh jawab. Aku taktau sejauh mana dia faham pasal crypto/blockchain technology, aku tak pernah test dia. Setakat ni, aku ajak dia berdepan dalam hal-hal yang aku ada ilmu di dalamnya, dia tak pernah sahut pun.

Pasal NFT ni, aku taktaulah..
Cuma, aku nak cakap,
“Hi, saya dari masa depan! Welcome to crypto world!”

Kah kah kah!
Ingat, today’s knowledge, tomorrow’s wealth!

ps : Hari ini kau belajar, esok kau boleh buat kelas! 😛

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.