NAK TENGOK BABY DALAM PERUT?

N

Sebelum ni ramai orang request dan tanya boleh scan baby tak? Ya, kami memang ada scanner (ultrasound) yang jenis lama. Tapi tak power. Old school ler. Hitam putih takda color.

Tapi makin ramai pula orang tanya. Diorang tanya yang 3D lah, 4D, dan aku baru dengar 5D sekarang. Wow!

Aku pun lambunglah dalam group dekat kawan-kawan aku yang kat UK dan Australia.

“Weh, ada siapa nak payung beli ultrasound 5D baby ni?”

Ada seorang sahabat reply,
“Kau beli je, aku bayarkan..”

Aku reply,
“Aku cari yang 5D ya?”

Dia balas,
““Kalau ada 6D, 7D, 8D, 9D, HD, UHD, 100D, pun kau order je. Aku bayar je..”

So, setel!

Aku pun carilah supplier ultrasound ni. Akhirya dapatlah 5D punya scanner ni.

Biasanya korang pergi scan or bawa wife pergi scan 4D/5D ni apa sebab?
1. Nak tengok muka baby? Kan?
2. Nak tau boy or girl. Kan?
3. Cukup sifat ke tak. Kan?
Paling penting nak tengok muka baby kan?

Tau tak 5D ni macam mana? Lepas aku tengok demo, baru aku faham. Rupanya, dia ada AI (Artificial Intelligence) yang boleh counter segala gangguan masa scan, untuk mendapatkan mutu gambar yang baik dan real.

Contoh kalau ada apa-apa yang tutup dekat muka baby tu, sistem AI dia boleh padamkan gangguan yang menghalang kita daripada merakam rupa baby. So, dapatlah kita tengok muka baby yang lebih real!

Ha, itulah 5D! Gitulah..

Since ultrasound tu baru sampai, tukang infaq tu minta kami buat free scan untuk 50 ibu mengandung terawal. Maka kami nak announce lah, untuk mereka-mereka yang telah mengandung lebih kurang 18 minggu ke atas (4-5 bulan), nak tengok baby dalam kandungan dalam bentuk 3D/4D/5D, kami jemput korang ke Klinik Waqfeya Ipoh.

Tarikh : 28/2/2022 (Isnin)
Masa : 9 pagi – 3 petang

Doktor bertugas pada hari itu ialah doktor wanita yang berpengalaman scan baby dengan penuh keyakinan. Tolong kasitau kawan-kawan yang nak tengok muka baby dalam perut!

Ingat orang Ipoh, korang ada Klinik Waqfeya!

😉

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.