LAJU DAN PADU!

L

Carver.my memang laju dan padu!

Walaupun aku tak kaya macam sifu-sifu saham, tak bergaya macam sifu-sifu marketing, takda kereta best-best macam founder-founder product.

Tapi, aku tetap suka barang baik, servis baik. Servis laju, padu dan patuh syariah. Walaupun untuk kereta Axia Kompang yang tidak dipandang oleh awek-awek influencer hari ini.

Takpa! Yang penting, aku ada kereta. Bayar sendiri. Tak tipu orang dan tak misleading orang. Rasanya kalau aku nak misleading orang untuk aku buat duit dengan kelas. Macam-macam kelas aku boleh buat.

Anyway, aku renew roadtax dan insurance (takaful) kereta aku di www.carver.my sebab beberapa perkara :

1. Laju.
Hari ini aku bayar. Esok roadtax insurance sampai!

2. Padu.
Takyah nego-nego dah. Sistem dah tolong propose insurance apa yang sesuai dengan kita.

3. Patuh syariah.
Carver hanya menggunakan takaful sahaja. So, apa alasan korang?

4. Carver adalah startup milik anak muda, muslim dan bumiputera yang solat dan puasa. Haji belum lagi kalau tak silap.

Aku bukanlah orang yang sokong kempen BMF yang cliche dan disalahguna oleh sesetengah pihak, tapi aku memang suka support inovasi anak muda kita. Kalau aku tak support, korang nak support ke?

Korang selalu renew roadtax pakai platform mana?

😉

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.