Bila orang tanya gua bangsa apa, gua akan jawab 2 bangsa saja.
1. Kaum Saiya.
2. Kerabat Yagami.
Kenapa kaum Saiya? Kerana kaum Saiya adalah bangsa berlawan, melawan dan berperang. Dari dulu gua mencari talent kaum Saiya ni. Kerana gua tau kaum Saiya ni power.
Masa gua darjah 1, kedudukan no1 keseluruhan di sekolah tidak diberi kepada gua, hanya kerana tulisan gua tak cantik. Gua telah mula rebel. Untuk menunjukkan gua tak puas hati, ketika pertandingan menulis kaligrafi, gua hantar kertas kosong. Taktau la cikgu tu faham ke tak. Mampus la lu!
Masa gua darjah 2, sekali lagi kedudukan no1 keseluruhan di sekolah dirompak. Bahagian menulis short essay English dan Bahasa Melayu dimansuhkan kerana anak-anak Cina ramai yang gagal menjawab. Hanya gua seorang saja yang berjaya. Kali ini gua betul-betul tak puas hati. Untuk menunjukkan gua marah, gua membiarkan subjek seni dan muzik gua bermarkah kosong. Dalam semua markah gua 100, tapi ada 2 merah dalam report card gua. Gua sengaja tak buat dan tak jawab soalan. “Biarkan, UPSR nanti bukan ada subjek seni atau muzik pun!” itu yang gua teriak dalam hati yang kosong.
Gua terus rebel melawan dan berlawan ketika sekolah menengah. Kali ini lebih dahsyat, kerana melibatkan fizikal pula. Ya, hari-hari gua bertumbuk, tidak di sekolah, di luar sekolah, tidak di luar sekolah, di jalanan, di kuil, di tokong, di stesen bas, di foodcourt. Gua belasah senior sekolah, cikgu sekolah, gang 24, 36, konduktor bas, ustaz, Bangla, Indon, etc.
Zaman di Australia pula, gua berlawan dengan PAS, ISMA dan Ikram. Kali ini perlawanan bersifat sedikit ilmiah, jadi gua terpaksa membongkar dan belajar segala ilmu alat syariah dan fiqh untuk membelasah lumat kaum penjaja agama ini. Dari Bahasa Arab, usul fiqh, mustolah hadis, tafsir dan segala fundamental yang perlu gua tahu, gua belajar. Ya, belajar untuk melawan. Kemudian, gua terpaksa belajar ilmu perakaunan kerana berlaku korupsi dalam pertubuhan posgrad yang dikawal oleh kaum pondan dan nerd.
Sampailah hari ini, gua takkan izinkan sesiapa pun cuba membuli atau mengancam gua dan circle gua. Sekarang, gua ada beberapa kes saman kerana memfitnah gua, gua bersumpah akan melumatkan segala makhluk yang cuba mengganggu gugat maruah gua, kawan-kawan gua, dan segala yang berkaitan gua. Lu boleh try kalau nak rasa gua punya serangn balas. Gua selalu bagitau orang bodoh yang cari pasal dengan gua,
“I am willing to spend all my resources to make you die in vain.”
Semasa zaman bekerja pula, gua pernah bergaduh dengn boss gua di Abu Dhabi. Bukan gaduh level biasa-biasa. Gua maki boss gua himar. Lu orang patut tau, itulah makian tahap tertinggi terhadap bangsa Arab. Bila gua fikir balik, boleh je cakap elok-elok. Tapi sebab gua kaum Saiya, gua tak bertuhankan boss dan gaji, gua kasi pukulan maut terus. Mamposlah!
Gua mencari kaum Saiya untuk beberapa projek sekarang ni. Kaum melawan nafsu, melawan arus, melawan standard, melawan norma masyarakat, melawan kesusahan, melawan kebiasaan, melawan perasaan, melawan kesalahan, melawan kebodohan, melawan kejahatan. Kalau lu rasa lu adalah orang itu. Datang ke mari wahai orang muda!
Lu orang bacalah artikel bawah ni untuk justifikasi.