Menjawab Kedangkalan Najib Razak tentang bitcoin dan dunia kripto.

M

Dalam perjuangan aku membawa teknologi blockchain dan dunia kripto di negara Malaysia tercinta, aku memegang satu prinsip asas. Prinsip ini aku pegang bagai memegang bara hingga jadi debu. Prinsip aku mudah, sesiapa yang memusuhi teknologi blockhain atau dunia kripto, mereka ialah musuh aku. Tak kira mereka siapa, ulama’ atau umara’, orang kaya atau orang miskin, tua atau muda, lelaki atau gadis cantik, termasuk sultan dan raja.

Ya, musuh aku.

Najib Razak menurut aku ialah perdana menteri Malaysia yang paling lemah walaupun beberapa polisi eknomi beliau wajar dipuji. Kelemahan beliau begitu teruk sehingga menjadi sebab Barisan Nasional tumbang baru-baru ini. Jika bukan Najib Razak ini lahir dari sperma Tun Razak, aku pasti beliau tidak punya nilai atau apa-apa peluang di dalam politik. Lihat saja selepas kekalahan beliau, tiada siapa yang bersama-sama beliau. Sehingga terpaksa menjadi “Mat Troll” seperti Amran Fans. Perkara lain yang menyebabkan aku meluat dengan Najib Razak ini adalah penyakit TB yang beliau hidapi.

TB, takut bini! Sounds personal? But, it is right? To me, it’s not personal. TB adalah masalah social sejagat yang memberi impak kepada masyarakat dan negara. Aku pernah ulas banyak kali di Facebook aku, tapi aku ulang sekali lagi. Contoh paling utama adalah, dia bukan tak tau seantero dunia dan masyarakat membahan dan menggunakan Rosmah sebagai bahan lawak dan politik, tetapi dia masih membenarkan Rosmah merayap dan terlibat dengan aktiviti politik mahupun social.

Kalau tak TB, apa lagi? Kalau kita tahu isteri kita dicemuh dan dijadikan bahan jenaka, adakah kita masih membenarkan isteri keluar rumah? Sebagai lelaki sejati yang tidak TB, pasti kita sudah menyekatnya. Betul tak? Najib?

Baru-baru ini Najib Razak telah memuat naik beberapa kritikan yang menjana persepsi terhadap dunia kripto. Beliau telah menaikkan persepsi buruk tentang pelabur-pelabur bitcoin yang kerugian kerana kejatuhan harga matawang kripto. Begitu juga dengan persepsi-persepsi tentang program-program scam yang menggunakan matawang kripto seperti bitcoin.

Tindakan ini menunjukkan betapa dangkal dan tidak cerdiknya mantan perdana menteri kita ini tentang naik dan turunnya pasaran. Tidakkah Najib Razak sedar yang naik dan turun itu lumrah dalam pelaburan dan pasaran. Ada barang naik, ada barang turun. Sebagaimana Najib Razak mengumumkan harga kangkung turun tidak lama dulu.

Jika kerana ada yang kerugian menjadikan bitcoin itu tidak releven atau scam, maka 1mdb lebih wajar dikritik kerana telah menyebabkan kerajaan kerugian berbilion ringgit. Suatu nilai yang akan menjadi rekod dalam sejarah Malaysia. Mungkin aku boleh panggil 1mdb sebagai pelaburan scam terbesar kerajaan Malaysia!

Begitu juga dengan FGV yang menjadi IPO terbesar di Asia dan kedua terbesar di dunia hanya di belakang Facebook, ketika ia disenaraikan rasanya harganya lebih kurang RM4.60. Bersama FGV juga sijil patuh syariah. Tetapi, pada hari ini berapakah harga FGV? Lebih kurang RM0.85 sen. Berapa peratuskah penurunan harga FGV? Untuk mereka yang membeli ketika harga sekitar RM4.60, adakah mereka semua ini ditipu? Pernahkah harganya mencecah RM10? Adakah layak FGV dipanggil scam terbesar di Asia?

Jika dilihat pula pada bitcoin, ia bermula dengan nilai 0 sen dan pernah memuncak sehingga RM90 ribu. Walaupun hari ini nilai bitcoin sekitar RM15 ribu, dari 0 sen ke RM15 ribu, ia masih kenaikan yang sangat besar dari nilai permulaan. Jika hendak dibandingkan dengan FGV yang terus kekal di bawah garis negatif berbanding nilai ketika pelancaran. Jika ukuran untung dan rugi dinilai cara Najib Razak, sudah pasti FGV dan 1mdb jauh lebih scam!

Selain itu, adakah sijil patuh syariah dan SC juga patut dipersalahkan kerana membenarkan pelaburan yang dilihat sudah “menyontot” para pelabur! Jika sesuatu pelaburan scam itu diukur dengan siapa yang menerajui skim tersebut, maka FGV wajar diletakkan di dalam watch list kerana ia dipimpin oleh seorang scammer korup yang pernah diambil tindakan kerana korupsi Umno suatu ketika dulu.

Selain itu, jika Najib Razak benar-benar ingin melawan scam dan membenci bitcoin kerana kononnya scam, amat tidak wajar Najib Razak melantik seorang scammer untuk menjadi pengerusi Tabung Haji. Azeez Rahim ialah seorang scammer yang sudah dikenali sejak zaman sebelum dia masuk politik dan selepas itu. Pemilik sijil bogus dari university scam, Preston University yang tiada pengetahuan tentang ekonomi, akaun dan korporat dibiarkan mentadbir dana amanah ke tanah suci.

Jika bitcoin dikatakan scam kerana harganya jatuh dari “all time high’ dianggap scam dan digunakan oleh scammer untuk membuat skim pelaburan haram, aku taktaulah nak label apa dekat FGV, 1mdb dan Tabung Haji yang terus menerus rugi dan melantik pula kepala-kepala scammer yang jelas, nyata dan terang untuk mentadbir urus institusi tersebut.

Aku rasalah, Najib Razak mungkin sedang menyesal ke atas 2 perkara sebab itu dia menyerang bitcoin dengan persepsi buruk, sedang dia pernah memuji bitcoin suatu ketika dulu.

1. Wang ratusan juta yang dijumpai di kondo mewah tidak ditukar kepada bitcoin.
2. Kejatuhan harga bitcoin menyebabkan wang beliau yang telah ditukar ke bitcoin turun nilainya.

Ah, aku zaman bitcoin harga USD500. Apa aku peduli!

Menjawab Kedangkalan Najib Razak tentang bitcoin dan dunia kripto.Dalam perjuangan aku membawa teknologi blockchain…

Posted by Aliff Ahmad II on Monday, January 7, 2019

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.