Abam Botak, zaman sekarang dah ada dashcam!

A

Abam Botak, zaman sekarang dah ada dashcam!

Sebenarnya, gua juga pernah hempuk windscreen sebuah suv 4×4 lebih kurang 12 tahun dulu.

Mana tak gua hempuk, ketika di Bulatan Pahang, gua memandu di lorong kiri, sebuah suv langgar pintu kanan gua sebab dia nak masuk kiri.

Jadi gua pun suruhlah dia berhenti. Rupanya seorang nyonya. Gua tanya dia, apsal langgar dia kata itu lorong dia. Gua minta dia gantilah duit ketuk, lu orang tau apa nyonya tu jawab?

Sampai hari ini gua ingat lagi apa dia kata,

“U takda duit ka mau repair sendiri? Miskin punya Melayu!”

Bila gua dengar kata-kata nista rasisme terpacul keluar, gua sudah decide untuk keadaan win-win. Pintu gua kemek, dia pun kena kemek juga.

Gua buka boot kereta gua, gua kutip rod besi “hydrolic jack”. Masa gua pegang rod besi tu pun dia masih menganjing gua dengan menayangkan middle finger dia.

Gua pun apa lagi, terus bantai windscreen dia.

“Prangg!!”

Puas hati gua. Lega perasaan ketika itu. Macam lepas klimaks rasanya. 😛

Gua masuk dalam kereta, gua blah. Malas nak report polis, masa tu tak silap gua nak jumpa gopren. Buang masa pula kalau buat polis report kan.

Sebagai kaum yang pernah melakukan skill yang sama, gua faham perasaan tersebut. Kalau takda angin masakan pokok bergoyang kan?

Rasanya 12 bulan itu terlalu berat untuk kesalahan tersebut, minta saja dia ganti windscreen baru dan mohon maaf.

Tumbuk orang pun kena bayar RM1000 je! Berapa denda Abam Botak? Gua nak tolong bayar.

Sudah!

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.