RAYA BILA? NAK IKUT SIAPA?

R

Masa aku duduk oversea dulu memang setiap tahun jadi perbalahan. Hal ini menyebabkan aku mengambil tahu dan mengkaji tentang hal ilmu ru’yah dan hisab.

Di luar negara, tiada kerajaan Islam, maka tiada waliyul amri atau imam yang perlu diikut. Yang datang pun, ada yang bermazhab hanafi, syafi’i, hanbali, saudi dan lain-lain. Setiap kelompok ada idea masing-masing dan pandangan masing-masing.

Orang Malaysia? Biasanya mereka ikut mazhab ikut masjid. Biasalah. Walaupun yang datang buat PhD, doktor-doktor pakar, bab ni diorang hanyalah muqallidul hawa’ sahaja. Nak raya cepat sahaja. Masa ni diorang tak kira dah, ikut Saudi ke Wahabi.

Biar aku simpulkan, asas menentukan bulan baru dunia Islam ini mudah. Hanya ru’yah hilal (moon sighting). Siapa nampak anak bulan, dia berbuka. Tak nampak, cukupkan 30 hari. Inilah hisab kira-kira yang dianjurkan Islam, bukan hisab ahli falak.

Apa dalil?

Surah al-Baqarah, ayat 185 yang bermaksud:
“(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk, dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu sesiapa di antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa..”.

Daripada Abi Hurairah r.a. berkata bahawasanya Rasulullah SAW bersabda; “Berpuasalah kamu kerana melihat hilal dan berbukalah kamu (berhari raya) kerana melihat hilal. Apabila hilal terlindung awan daripada pandangan kamu,maka sempurnakanlah bulan tersebut (tiga puluh hari)”.
(Riwayat Imam Muslim)

Hisab pula kiraan untuk mencukupkan 30 hari. Itu asasnya. Asasnya Islam agama yang mudah, sesiapa sahaja boleh amalkan. Tak perlu gadget dan tools yang canggih-canggih. Zaman dahulu, ketika berlayar di lautan atau mengembara di darat, Islam tetap boleh diamalkan.

Perbezaan pandangan berlaku bagaimana?
1. Kiraan setiap tempat dan waktu dah berbeza.
2. Zaman dah berubah.
3. Local sighting atau global sighting.
4. Terikat dengan matla’ (tempat moonsighting)
5. Metod hisab yang berbeza

—-

Kiraan bulan Islam sudah berbeza.

Ada tempat dan komuniti bulan Syaaban 29 hari, ada yang 28 hari, ada yang cukupkan 30 hari. Maka perbezaannya pasti berlaku apabila mendung, masing-masing tak nampak anak bulan. Ketika aku di UK, sampai ada 3 hari raya berbeza mengikut masjid!Zaman dah berubahZaman ini, komunikasi lebih cepat, peralatan lagi canggih. Ada yang menggunakan teleskop. Itu pun berbeza, ada yang menggunakan teleskop mahal, ada yang murah. Setiap balai cerap juga ada mazhab tersendiri. Ada juga yang menggunakan satelit dan teknologi canggih dari barat yang mengira pergerakan bulan. Maka ulama’ berbeza pandangan. Ada juga yang masih mengekal dengan eye sighting dengan alasan itu yang Nabi ajar, praktikal, semua orang Islam boleh buat. Mereka juga tidak percaya teknologi barat. Yelah, flat earth society, antivax kan ramai je atas nama Islam lagi kan?

Local sighting atau global sighting?
Kita bayangkan kaedah dan method semua dah sama. Tapi, tiba-tiba ada persaksian di Perak nampak anak bulan. Tempat lain tak nampak. Ketika ini timbul isu, adakah di Terengganu perlu ikut Perak? Kalau ikut global sighting, 1 nampak semua puasa atau raya, tak kiralah nampak di Venezuala sekali pun. Zaman skarang komunikasi dah bagus kan? Kalau local sighting, siapa nampak dia raya or puasa lah dulu. Simple.

Terikat dengan matla’ atau tidak?
Hal ini telah berlaku zaman awal Islam lagi. Hadis Kuraib RA,“Bahawa Ummul Fadl telah mengutusnya untuk menemui Mu’awiyah di Syam. Kuraib berkata, ‘Aku memasuki Syam lalu menyelesaikan urusan Ummul Fadhl. Ternyata bulan Ramadan tiba sedangkan aku masih berada di Syam. Aku melihat hilal pada malam Jumaat. Setelah itu aku memasuki kota Madinah pada akhir bulan Ramadan.

Ibnu ‘Abbas lalu bertanya kepadaku dan menyebut persoalan hilal’. Dia bertanya, ‘Bilakah kalian melihat hilal?’ Aku menjawab, ‘Kami melihatnya pada malam Jumaat.’ Dia bertanya lagi, ‘Adakah kamu sendiri melihatnya?’ Aku menjawab lagi, ‘Ya, dan orang ramai juga melihatnya. Lalu mereka berpuasa, begitu juga Mu’awiyah.’

Dia berkata lagi, ‘Tapi kami (di Madinah) melihatnya pada malam Sabtu. Maka kami terus berpuasa setelah kami menyempurnakan bilangan tiga puluh hari atau sehingga kami melihatnya (hilal).’ Lalu aku bertanya, ‘Tidak cukupkah kita berpedoman pada ru’yah dan (mengikut) puasa Mu’awiyah?’

Dia menjawab, ‘Tidak, (sebab) demikianlah Rasulullah Sallallahu ’alaihi wa Sallam telah memerintahkan kepada kami’.
( HR. Muslim no. 1819; Abu Dawud no. 1985; at-Tirmidzi 629; al-Nasa’i no. 2084; Ahmad no. 2653).

Raya atau puasa hari yang berbeza ni bukan isu pun dalam sejarah Islam, ia pernah berlaku. Itulah dulu, di Malaysia pernah berlaku Perak dan Johor raya dulu!

Metodologi hisab juga berbeza
Ahli falak juga banyak mazhab. Cara kira mereka melihat ufuk sana dan sini juga berbeza. Ketika zaman Nabi pun dah ada ahli falak, kenapa Nabi tidak bergantung kepada ahli falak je? Majoriti ulama’ Islam menolak hisab tanpa ru’yah.

Jadi apa solusi?
Sebenarnya, perselisihan dan perbezaan pandangan ini telah ada penyelesaian kepada negara Islam. Apa nak bising-bising? Urusan puasa dan hari raya ini telah diberikan kuasanya kepada majlis raja-raja.

Hal ini untuk mewujudkan kesepakatan kerana penetapan puasa dan raya adalah hak pemerintah. Berpuasa dan beraya bersama pemerintah adala wajib. Kesepakatan dan perpaduan ummah adalah jauh lebih besar daripada khilaf yang telah wujud sepanjang zaman.

As Sindi menjelaskan, “Nampak dari hadis ini (hadis-hadis tentang puasa dan raya) bahawa urusan waktu puasa, raya dan idul adha, bukanlah urusan individu, dan tidak boleh bersendirian dalam hal ini. Namun ini adalah urusan imam (pemerintah) dan al jama’ah. Oleh kerana itu wajib bagi setiap orang untuk tunduk kepada imam dan al jama’ah dalam urusan ini. Dari hadis-hadis ini juga, jika seseorang melihat hilal namun imam menolak persaksiannya, maka hendaknya orang itu tidak menetapkan sesuatu bagi dirinya sendiri, melainkan ia hendaknya mengikuti al jama’ah” (Hasyiah As Sindi, 1/509).

Jadi, apa nak kecoh-kecoh? Kita tinggal di Malaysia kot. Bukan tinggal di UK, Australia, USA atau negara kuffar yang lain.

Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam bersabda:
‎اسمعوا وأطيعوا فإنما عليكم ما حملتم وعليهم ما حملوا“

Dengar dan taatlah (kepada penguasa). Kerana yang jadi tanggungan kalian adalah yang wajib bagi kalian, dan yang jadi tanggungan mereka ada yang wajib bagi mereka” (HR. Muslim 1846)

Allahul musta’an..

😉

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.