Ramai gila orang tanya aku siapa owner sebenar, atau siapa fund Bulan Bintang tu. Aku mula-mula rasa annoyed, aku dah jadi macam kaunter pertanyaan pula. Tapi lepas aku muhasabah balik, aku rasa baguslah, sebab ramai dah ada #mindaskeptikal. Tak terus percaya tanggapan orang ramai.
Apa menyebabkan masyarakat tertanya-tanya, siapa mereka ni. Banyak benar duit mereka sampai keluar radio, iklan billboard 3d, hire artis-artis dan macam-macam lagi. Mau berjuta-juta diorang spend untuk branding, marketing, dan advertising. Ada yang kata mereka ini anak orang have-have itu sebab boleh spend kaw-kaw.
Ya, mungkin benar mereka ini anak orang have-have. Pengasas Bulan Bintang ni adik kepada John Lemon Hausboom. Kalau tak silap ayah mereka orang kuat Umno dulu, SUA DS Zahid Hamidi, itu sebab dia boleh partner dengan anak DS Nazri Aziz yang aku malas sebut nama dia. Tapi aku tak rasa sebab itu lah untuk Bulan Bintang ni. Cumanya John Lemon pun pernah dapat geran RM2,000,000 masa umur dia 26 tahun. Apa jadi busines Igrow dia lepas dapat geran?
In term of semangat sebagai seorang usahawan, aku positif. Aku suka karaktor dia. Cerita-cerita belakang tu. Aku no comment. Cuma untuk pengetahuan korang, Hausboom sudah dimiliki secara majoriti share syarikat tersebut oleh clan Jakel. Tak percaya, korang SCRUT-lah sendiri. Aku dah selalu sangat ajar dah. Come on gang!
Nak murah, korang boleh beli di Interepo (www.interepo.com) beli yang RM10 tu since dah ada orang beli sebelumnya. Korang beli je The Boom Baverage, the korang akan nampak 50% owned by Resurrection Infinity, then beli Rerrection pula, then korang akan nampak nama owner dia, korang Google la sendiri siapa orang tu.
Since aku tau Bulan Bintang ni adik John Lemon punya, aku terus buat telahan dalam hati, mesti Jakel clan dah beli juga ni. Dan telahan aku sangat tepat. Bulan Bintang juga dikongsi milik oleh Jakel Clan juga. Dalam Bulan Bintang pun ada nama Azri Zahier (John Lemon).
Cumanya di dalam Bulan Bintang wakil Jakel clan ialah Fauzan Ghani. Fauzan Ghani ini telah berkahwin dengan anak perempuan Jakel yang bernama Rehana. Paid up capital syarikat Bulan Bintang hanya RM1,000, mana mungkin mampu nak dapatkan financing melainkan ada backup besar. Mana logik boleh spend marketing level tu kalau takda investor.Modal kain, tukang jahit, artis semua Jakel boleh setel. Kalau korang perasan tahun ini Jakel macam tak push sangat jual baju Melayu diorang. Mungkin ini taktik dia. Yelah, masa covid dulu kan anak bongsu Jakel buat hal. Sampai kena boikot bagai. Tahun ni dia buatlah paradigm shift sikit. Ride je Bulan Bintang.
Apa pun, aku tetap respect Bulan Bintang ni. Baguslah. Anak Melayu kita boleh convince Jakel clan ni. Aku ada bad experience dengan Jakel clan ni, so aku harap diorang tak kena cam aku lah.
So, kalau tiba-tiba SCRUT atau IFMAL keluar radio or ada billboard 3d, pakai artis, selebriti dan influencer, pastilah ia bukan duit aku. Pasti duit investor, bukan NGO, bukan juga duit orang kalah saman bayar!
Dah terjawab kan? Teruskan ber#mindaskeptikal dan amalkan budaya #SCRUTdulu. Apa-apa pun, talk with fact dan mesti #evidencebased. So, yang kaya kaum elitis, yang miskin itu kaum Axia Kompang.
Jangan tanyalah bila aku nak jadi macam tu, aku tak pandai cari geran dan convince kapitalis. Aku pun takda connection sebab bukan anak SUA warlord UMNO, bukan juga partner Jakel Clan. Aku hanya semut merah! Itu sebab aku lebih faham denyut nadi rakyat marhaen dan suara adik Bella.
SCRUT for the truth!