DAKWAH DI NEGARA KUFFAR

D

Biasanya ia dilakukan di taman-taman, di speaker corner, dan di jalan-jalan yang tenang.

Orang yang pergi disko pun akan ke taman-taman dan berjalan-jalan shopping nanti.

Suasana tiada muzik yang bising, terang dan tenang.

Keadaan orang yang lalu pun biasanya tenang-tenang dan bersedia untuk mendengar.

Kalau berdakwah dalam disko, banyak masalah. Antaranya,
1. Kena terjerit-jerit nak lawan muzik yang kuat.
2. Lampu liplap-liplap yang menyukarkan untuk membaca kalau bawa risalah.
3. Keadaan orang dalam itu tidak bersedia dan mabuk.

Pengalaman aku tinggal dan berdakwah di negara kuffar ini tidak pernahlah lagi diajak masuk ke disko atau bar.

Yang aku pernah nampak pendakwah Christian yang berdiri di tengah-tengah kesesakan orang ramai nak berparti dan memberi peringatan.

Lagi aku tak berapa faham, apabila kau sendiri kena ketuk dram angin dan diapit oleh 2 “isteri” yang seksi dalam menyebarkan risalah. Aum!

Kita mungkin boleh berdakwah dalam disko. Tapi aku rasa ia sambilan kepada masuk berhibur dan sambil-sambil berdakwah. Itu mungkin boleh.

Sebab semalam member aku cerita, dia kalau dah naik syaikh, ilmu “Zakir Naik” dia keluar. Tapi niat asal dia masuk disko untuk berhibur bukan berdakwah.

Itu sebab ada beza zikir sambil menari dengan menari sambil berzikir. Zikir sambil bersenam dengn bersenam sambil berzikir.

Apa pun, aku respect orang yang ada skill berdakwah dan menyampaikan risalah dalam keadaan dan suasana disko sambil bermain dram angin.

Takpa, kita semua pendosya, Allah syayang. Itu semua fake cgi yang dibuat wahabi. Cuma aku pelik kenapa wahabi tak buat je terus cgi ulama’-ulama’ besar yang tak sealiran dengan mereka, kalau cgi dan deepfake tu semudah diperkatakan.

Eh, aku nak tanya Zaharin tu wahabi ke? Wahabi mana? Wahabi Saudi ke Jordan, Yaman ke Mesir? Wahabi Umno ke wahabi Perlis? Wahabi Sungai Kantan ke wahabi Damansara? Wahabi dajjal is venom ke wahabi flat earth society? Wahabi ganja ke wahabi antivax?

😜

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.