USTAZ INI TAK KATA VIDEO TO FAKE ATAU CGI

U

Ustaz ini admit ia video yang sahih dan sarih. Bahkan dia menceritakan hal yang sebenar. Aku tolong buat rumusan.

1. Video itu benar.
2. Berlaku di luar negara di sebuah kelab. Bukan di Zeta Bar.
3. Dia menyebarkan risalah dakwah bersama isterinya.
4. Ia adalah program yang dilakukan bersama pasukan dakwahnya.
5. Video itu katanya dikerat daripada posisi tertentu.

Persoalannya :
1. Yang mana satu isterinya? Yang sebelah kiri atau sebelah kanan.
2. Di manakan risalahnya? Boleh share tak.
3. Ketuk dram angin itu ritual menyebar risalah?
4. Mohon video penuh dakwah sedang dilakukan.
5. Kalau ada gambar ketika dia mulakan dakwah sebegitu di kelab-kelab lain pada waktu-waktu lain. Mohon share.

Mula-mula, aku tak kata itu dia ke tidak. Tapi ustaz ini dah mengesahkan dari sumber rapat.

Lepas ini, kalau ada video aku dalam kelab malam, disko atau pub, kalau aku tak ketuk dram angin atau berdansa, ketahuilah aku sedang menyebarkan risalah.

Kalau aku sekadar duduk sembang-sembang dan pegang mic, percayalah aku sedang menyampaikan dakwah.

Jika aku diapit oleh 2 wanita seksi kiri dan kanan, bersangka baiklah yang isteri-isteri aku ada bersama aku. Mungkin calon-calon isteri yang aku sedang dakwah.

😉

Note : Aku bukan lebai atau ahli agama.
#MindaSkeptikal

😜

https://www.facebook.com/aLiph.My/videos/683429329534414

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.